Radio : Sebagai pemanggil apa yang anda harus tahu...

Hadoii.. sakit kepala dengan ragam pemanggil kat radio.. 

Pakcik/Makcik/Adik/Kakak/Abang sekalian... 
Saya tahu anda excited sangat untuk dapat dengar suara anda dicorong radio tak payah la dok berdiri sebelah radio tu ha... dan satu lagi.. jika suara juruhebah tak jelas di telefon anda boleh beritahu yang anda tidak jelas dengar suara mereka.. ni tak.. dok tercegat sebelah radio jugak.. pastu suara jadi double dan gangguan suara dan yang paling ketara, suara kat radio sebelah pemanggil tu pun boleh kedengaran... haru!

Kat TV pun sama... jadi sebolehnya jauhkan diri dari radio dan TV kerana ia hanya membuatkan gangguan suara dan lag.. lag dalam makna konteks sini bermakna 'tempoh senyap'.. pemanggil jadi senyap buat seketika sebelum kembali bercakap.. Mesti ramai pernah dengar kes macam ni kn?.. mesti banyak kali kan?.. betul tak??

Tak tau la situasi bawah ni adalah sebenarnya yang berlaku ataupun sekadar pemahaman saya.. jika ada yang pernah telefon konti radio/TV boleh ceritakan pengalaman anda kenapa berlakunya lag ini...?.. Saya nak sangat faham sebab selalu sangat terjadi kat radio/TV.. kerap sangat jadi.. geram dan nyampah pun ade...

Ada seorang pemanggil menghubungi konti radio untuk membuat aduan mengenai masalah ketiadaan lampu isyarat di kawasan rumahnya membuatkan banyak kes kemalangan..
Juruhebah: "Selamat Pagi, Konti XXX. Siapa disana?"
Lag... (tak tau pemanggil tu tak sedar yang talian dah disambungkan ke tak dengar suara juruhebah ke excited sangat smpai tak sedar)
Juruhebah: "Hello..Selamat Pagi, Konti XXX. Siapa disana?"
Lag...(masa ni mungkin dah berdiri depan radio la kot.. dok betulkan suara radio nak dengar suara sendiri)
Juruhebah: "Hello..Selamat Pagi, Konti XXX. Siapa disana?"
Pemanggila: "Yea.. yea.. saya XXX, dari Taiping nak buat aduan..." (ada gema/gangguan suara)
Juruhebah: "Yea..silakan"
Lag (masa ni baru dengar kat radio kot yang juruhebah dok tanya)
Juruhebah: "Yea..sila aduan encik"
Pemanggila: "Yea.. yea.. saya mahu membuat aduan mengenai masalah ketiadaan lampu isyarat di kawasan rumah saya ini dah banyak kes kemalangan, harap pihak berwajib dapat membantu menyelesaikan masalah kami ini...."
Lag... (masa ni boleh dengar dengan jelas suara dia yang kedengaran di radio tu sebab sedang berdiri disebelah radio/TV tu...)
Juruhebahberkata.. "Itu sahaja yea encik?.."
Lag..
Bila juruhebah/pengacara berkata.. "Ok, terima kasih diatas aduan encik ini".. 
tup tup.. pemanggil cakap "Satu lagi nak adu...".. 
tak ke sakit hati pengacara/juruhebah tu.. penonton yang dengar pun sakit hati tau... 

Maaf yea..

Bukan nak perli ke apa.. tapi sila prihatin pada pendengar lain dan juruhebah/pengacara.. mereka ada tempoh masa yang ditetapkan bagi setiap panggilan agar dapat memaksimumkan bilangan pemanggil ke konti tersebut.. Sebab tu jika anda perasan juruhebah/pengacara seperti tergesa-gesa nak tamatkan talian.. jangan marah mereka pula.. kerana bayangkan jika 3 orang buat panggilan macam dialog atas tu.. berapa ramai je yang dapat buat panggilan.. tu yang jadi.. masa tambahan untuk panggilan aje... aii.. agak-agak la yea..

Nak terang dengan lebih tepat, takut jadi cam artikel la pulak.. jadi rasanya untuk memudahkan anda semua faham... apa kata pagi-pagi buka 8TV dan lihat konti radio Hot FM yang disiarkan secara langsung.. dan lihat bagaimana sebenarnya mereka menguruskan sesuatu panggilan yang diterima... dan tolong jangan berdiri lagi di tepi radio/TV selepas ini.....

Terima kasih

Tata




Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas