Keretapi Tanah Melayu (KTM) : Koc Wanita

Stesen KTM Klang

Setakat ni.. KTM adalah pengangkutan utama saya dari Seri Kembangan ke Klang.. suka sangat naik KTM.. sebabnya ada koc wanita.. ada gak naik bas dari Klang gi KL Sentral tapi ditemani dengan adik bongsu... tak berani la.. tak selesa.. sebab sorang-sorang je kan.. keselamatan perlu diutamakan itu penting..

Tut..tut...keretapi dah sampai...

KTM sekarang dah ada dua jenis: 
1) 3 koc
2) 6 koc

Paling suka yang 6 koc... dan sebab dia yang paling baru hehehehe... tapi kan.. sejak KTM sediakan koc wanita ni.. tak kisah la yang hat 3 koc ke mahupun 6 koc.. apa pasal la lelaki tak paham bahasa.. buta kah? rabun kah? tak pun tak reti baca kah?.. rasanya dah cukup besar dan banyak kot stiker dan poster duk terpampang kaler pink tu.. budak pun tau kaler pink tu maksudnya perempuan.. agaknya depa ni nak sangat KTM buat koc khas untuk LELAKI pulak kot.. baru depa tak buat perangai lagu ni...lihat gambar bawah:


Rasanyakan KTM dah lama promote koc wanita ni.. ada lagi yang tak reti bahasa.. koc wanita untuk wanita la.. pi la duduk kat koc lain.. yang couple pun pi la bawak boyfren duk koc lain.. yang ajak dia duk koc wanita apsal pula.. boyfren anda dah tukar jantina ke??? tengok gambar atas ni.. ramai lelaki.. penat la tiap kali naik nampak je lelaki asyik duk tequr..sorang dua boleh la habaq "pakcik/encik, ni koc wanita...".. dah yang ramai macam ni.. adeh..

Polis pun ada jugak.. tapi paham la.. sekali skala boleh la..tak kan diorang nak kena sediakan seorang polis duk jaga koc wanita saja kot.. dah la laluan tren ni panjang.. hangpa nak harap polis tu bertapa bodo saja je ke duk jaga koc wanita tu... sian la polis tu.. karang kena kondem polis tak de keje jaga koc wanita.. adehh..

Buat lelaki diluar sana tak kira la hangpa ni naik dengan couple ke, sorang-sorang, reti bahasa melayu ke tak, reti baca ke tak.. kurang-kurang hangpa patut tau.. koc tu dah ada stiker kaler pink..khas untuk wanita.. paham la.. yang warga asing pulak.. depa ni tak de modul kelas perkenalkan negara ke.. buat sikit kelas ala-ala kenegaraan.. hangpa mai sini paham peraturan sini.. bagi depa paham.. ni koc wanita.. jangan buat bodo tak paham... tegas sikit.. jangan harap wanita dalam koc ni nak tegurkan.. kang tak pasal ada yang kena aim sebab tegur jer.. cam saya cakap tadi la.. sekali sekala berani la tegur.. banyak kali takut la...

Rasanya la kan saya patut bagitau je cadangan ke KTM supaya dikalerkan koc tu kaler pink semuanya baru tau.. dinging belah luar.. dinding belah dalam.. semuanya kaler pink... baru hat lelaki ni tak kira tempatan dan warga asing paham.. ni KOC WANITA... nak je photoshop wat contoh tapi kang takut KTM saman la pulak.. hehehe.. haru...

Padan muka muka sapa hat terpapar kat sini... lain kali naik lagi koc wanita yea... pas ni saya amek lagi gambar bila jumpa lelaki dalam koc wanita dan update kat sini... 




Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas