Bazaar Ramadhan @ Bandar Baru Klang
Sepanjang saya membesar sini tak de pun bazaar ni lagi.. dalam beberapa tahun ni je baru mula.. bagus la.. hidup tempat ni..
Kawasan flat ni majoriti Melayu dan ada juga bangsa lain termasuklah pendatang asing seperti Bangla, Nepal dan Myanmar.
Saya mula tinggal di kawasan kejiranan ni masa tingkatan 1.. rumah sewa dari seberang jalan gambar ni ambil, Flat Cempaka namanya... dalam tingkatan 3 pindah flat sekarang, Flat Dahlia (tempat saya berdiri ambil gambar).. rumah flat biasa je...
Dalam tingkatan 4 pindah lagi.. pindah ke rumah teres 1 1/2 tingkat... sebabnya, elok tak sampai setengah tahun, Flat Dahlia yang kami duduk ni mula dibanjiri pendatang asing, saya merungut kat mama yang saya risaukan keselamatan saya. Ye la balik sekolah naik lif.. kadang-kadang ada warga asing naik sekali.. risau la.. naik tangga lagi la.. kang diorg standby..ish.. sape nak dengar kalau jerit pun, jarak tangga ke lorong rumah sikit jauh.. bukan cam Flat Cempaka tu sah-sah ada rumah tepi lorong tangga.. tak berani sangat nak orang buat jenayah pun..
Cakap pasal jenayah.. ingat tak kes anak setiausaha UMNO yang kena bunuh dengan pengasuh die tu..kat Flat Cempaka la tu.. Baca:
"SHAH ALAM 23 Sept. - Nasib bekas anggota polis, Mohd. Nahar Abu Bakar yang didakwa membunuh anak lelaki bekas Setiausaha UMNO Bahagian Klang, Shohimi Shafie dan pengasuhnya, tujuh tahun lalu akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Oktober ini. Hakim Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh tersebut selepas kedua belah pihak selesai berhujah pada akhir kes pembelaan hari ini. Mohd. Nahar, 34, didakwa membunuh Muhammad Nurosama Shohimi yang berusia dua setengah tahun di rumah pengasuhnya di No. 19, Tingkat 5, Flat Cempaka, Bandar Baru Klang, di sini. Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1 petang, 30 Disember 2003, Mohd. Nahar juga didakwa membunuh pengasuh kanak-kanak tersebut, Siti Rohana Baharom, 34. Dia dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan."
Artikel Penuh: Keputusan Kes Bunuh Anak Setiausaha UMNO 10 Oktober © Utusan Melayu (M) Bhd
Terkejut masa tu.. biar betul.. memang gempar la kawasan flat tu.. lat beberapa hari selepas kejadian, majlis tahlil diadakan.. dengar khabar rumah tu terus dikosongkan sebab suaminya sebak dan sedih sangat-sangat dengan peristiwa tersebut. Yang lebih membuatkan seluruh flat bersedih kerana arwah Siti Rohana merupakan kakitangan tadika/taska di bawah Flat Cempaka, dan masa tu adik saya masih lagi di tadika/taska tersebut. Tak kenal sangat dengan arwah, tapi mama dan jiran cakap arwah baik orangnya, pandai masak dan adik suka masakan arwah.. masa tu memang flat ni jadi suram seketika.. begitu juga di tadika/taska.. Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah...
Tu kisah lama, sekarang dah berubah.. ada AJK kawasan yang jaga dimana terdiri dari ahli penduduk flat juga la.. diorang dah pasang cctv dalam lif.. dan ada rutin meronda.. paling penting kebanjiran warga asing terkawal.. masa datang jenguk flat ni haritu.. meriah je.. tak de rasa takut-takut dah.. tapi kena berjaga-jaga jugak la kan..
Masa mula-mula duduk kat kawasan kejiranan ni.. biasa je.. tak de masjid pun.. dekat gambar atas sekali no satu tu sebelah kanan gambar adalah masjid baru... lawa.. baru sekali masuk.. hehe..
Cakap pasal bazaar ni kan.. ni la kali pertama saya jejak kaki.. ingatkan sikit je gerai.. fuh.. tekejut jugak.. panjang tuuu.... jumpa jiran lama yang duduk kat Flat Cempaka tu.. acik Sabariah namanya, dia tu memang rajin berniaga.. Niaga nasi lemak sebelah pagi dan kuih-muih disebelah petang.. sedapp woo.. nasi lemak dia... menjilat jari.. sekarang ni tak pasti sama ada masih berniaga nasi lemak lagi ke tak.. sebab masa jumpa kat bazaar ni acik Sabariah tu niaga popiah basah dan goreng jer... pastu jumpa kawan satu tingkatan tolong mak dia niaga.. gerai dia jual nasi berlauk dan sup.. bihun sup, mee sup, sup tulang... boleh tahan kawan saya sorang ni.. laku kot.. habis sup dia terjual.. yang bagusnya kawan saya ni, siap amek cuti sebulan nak niaga kat bazaar.. lagipun dia keje kat hotel.. ok la kot, senang nak amek cuti sampai sebulan cam ni.. jeles2...
Lepas rindu kat tempat ni... lain kali kena datang lagi.. sebab acik Sabariah tu jemput suh datang rumah..
Landmark ke tempat ni Bandar Baru Klang: AEON Bukit Raja, Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Lebuhraya Syahpadu, Flat Cempaka BBK, Flat Dahlia BBK.
Comments
Post a Comment