Pustakawan 12: Laman Web Alumni Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) UiTM

Tabik la kat en.Amzari.. buat website tuk alumni FPM... 

Masa sambung belajar degree dulu, ada satu subjek ni en.Amzari yang ajar.. memang tabik spring la skill en.Amzari ni.. tapi tu la.. asyik promote koha jer.. sikit2 koha.. boring dengar... tapi bila dah habis belajar.. ada je orang nak tahu pasal koha.. secara auto mulut ni cakap cari en.Amzari.. pensyarah FPM.. huhuhu.. kiranya trademark en.Azmari adalah koha... koha = en.Amzari

Apa-apa pun.. buat alumni FPM sila jenguk-jenguk laman web ni yea... walaupun belum sempurna, sekurang-kurangnya kita patut hargai dan menyokong usaha pensyarah kita ni.. kan..

Jadi kat laman utama tu ada butang pendaftaran alumni.. klik situ kemudian (rujuk gambar bawah):


Silalah kemaskini maklumat anda yea.. cuma masukkan no kad pengenalan dan data maklumat anda sepanjang anda berada di dalam FPM akan terpapar..

Macam saya, saya cuma diploma dan degree je dalam FPM.. jadi data dua-dua ni akan terpapar kt skrin... Sapa yang sampai master dan PhD dalam FPM, mesti la semua data tu akan terpapar.. jika tidak sila maklumkan ke admin/pensyarah FPM.. ok..

Pastu saya kemaskini maklumat peribadi seperti alamat rumah, no telefon, no ofis.. yang ada laman web peribadi pun boleh bagi link.. link Facebook pun ada jugak.. boleh letak jika mahu..

Fuyoo.. tak sabar tunggu Buletin Alumni FPM keluar.. boleh la kemaskini ilmu pustakawan ni sikit.. tak pun buat network  ke kan.. dah keje ni banyak network senang sikit... nak cari vendor/supplier ke, cari bahan artikel, cari keje baru ke (oppsss...) hehehehe...

Go, go, go..FPM GO!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas