A Better A&E : Model Penyelesaian Masalah di Hospital Kerajaan & Swasta

Bagusnya jika semua hospital cuba buat macam ni...

Mula-mula jika hospital macam ni siap.. pesakit dan keluarga pesakit perlu faham setiap prosedur atau carta alir bagi setiap apa yang akan doktor dan jururawat akan lakukan... memang nampak leceh.. tapi kena ingat.. ini akan mengurangkan permasalahan kita dengan staf hospital.. hospital tempat sibuk.. bila kita timbulkan masalah.. akan jejaskan orang lain yang sedang menerima rawatan... pastu lag.. hospital jugak salah.. padahal pesakit dan keluarga pesakit tu tak faham prosedur hospital... kan?

Full view brochure tu...


Perasan tak ada gambar orang kaler kuning tu..? yang ada cam pakai stethoscope, tak pun ada gmbar plus (+) kn.. ha.. kat hospital ni guna icon ni supaya pesakit dan keluarga pesakit tahu setiap kawasan itu apa gunanya..

Pastu.. yang skrin cam dalam gambar bawah ni sangat-sangat berguna bagi manusia yang tak paham kesibukan staf hospital... main-main tuduh staf hospital pemalas la.. lambat la.. Ha.. amek ni.. tengok betul-betul.. berapa ramai orang duk kat setiap kawasan.. 


Siap ada meter lagi.. canggih...

Hat gambar bawah ni.. setiap hospital patut ada. ni tak.. suh ikut signboard yang ntah pape.. menyusahkan dan menyesatkan... tak pun suh cari sendiri.. ada gak yang baik siap bagitau belok kanan, belok kiri, naik tangga, belok kanan, hujung jalan jumpa la katanya.. rasanya baru naik tangga tak ingat dah nak pi mana... Ha..ada map ni snap dalam hp yang canggih pastu ikut.. tak reti jugak pi bako hp yang canggih tu..

Gambar kawasan untuk treatment:




Gambar bawah ni pula bilik untuk Assessment:


Nak lebih faham jom kita layan video:
PearsonLloyd | A Better A&E from Design Council on Vimeo


Hospital Kerajaan/Swasta..tak dapat sebijik buat macam ni kurang-kurang cedok la sikit idea yang mane patut untuk perbaiki kelemahan yang mana ada... Kehidupan kita saban hari semakin canggih yang kadang-kala akan banyak membantu kita sama ada sebagai pesakit atau staf hospital itu sendiri... memberikan perkhidmatan yang terbaik bukankah itu merupakan misi dan visi hospital?..

Huhuhu.. perpustakaan bila pulak?.. mane teknologi canggih yang akan membantu pustakawan ni... tak larat dah asyik lawa je tapi kemudahan tak canggih pun.. masih di takuk lama.. sob sob sob...


Sumber:
PearsonLloyd
A Better A&E Official Website
Creative Review Magazine: A Better A&E

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas