Felt Craft Siri 2 : Kain felt

Craftzone.. pusat sehenti untuk maklumat kraf

Kebanyakan blog kraf ni bayar setiap iklan yang diorang nak letak kat page ni.. Jadi untuk lagi mudah untuk mereka cari pelanggan dan kita pun senang nak cari supplier.

Kita cuma perlu pergi je kat laman web ni:

Setiap entri blogger kraf yang terbaru akan terpapar disini.. jadi ini memudahkan kita untuk membuat perbandingan harga bagi setiap blogger kraft yang ada ni.

Saya pernah berurusan dengan  --->  Yana Craft dan Chummy Craft

Sangat dipercayai, sentiasa check email dan barang yang tiba pun tepat masanya (tak de delay).. Setiap email yang kita hantar akan dibalas secepat mungkin. Masa tu blogger ni tengah buat jualan murah.. jadi saya ni apa lagi.. beli la.. siap pakat dengan kawan untuk cuba beli felt online dari blogger ni...

Masa beli tak tau rupanya felt ni ada dua jenis.. satu acrylic dan satu lagi polyster.. dah beli baru tau..

Beza acrylic dengan polyster (hasil pemerhatian saya la.. cewah cam ujikaji la pulak)..jika tersalah sila beritahu saya yea :

Acrylic
Polyster
Lembut Keras
Susah nak koyak tapi cepat berambu-rambu Senang nak koyak tapi tak kan jadi berambu-rambu
Harga: bergantung kepada blogger ada murah ada mahal Harga: bergantung kepada blogger ada murah ada mahal

Bukan setakat nak beli felt dan button jer kat blogger-blogger ni.. tapi boleh la cari idea dan ilham.. jangan la tiru sebijik-sebijik tu hak cipta diorang.. dan la tiru pastu buat jual pulak.. tak mau la buat cam tu.. tak baik...

Alang-alang dah tau buat kraf ni teringin lak nak buat kraf guna kain kapas.. jadi terjumpa la satu page yang boleh kita lihat blogger-blogger yang jual kain kapas secara online



Saya terjumpa satu blog ni : May May Shop

Cam biasa.. ada jualan baru beli.. nak pergi kedai kain textile memang tak de masa tambah pula tak semua kedai kain ada corak yang kita kehendaki.. walaupun mahal tapi tak bazir masa nak kesana kemari.. tambah sekarang ni jalan sesak, minyak mahal dan parking pun mahal.. jadi boleh la beli.. jangan selalu sudah.. tu membazir.. Bagi yang selalu buat kraf dan secara serius boleh la pergi kedai.. macam saya ni baru berjinak-jinak nak kenal dunia kraf.. ok la..

Kain yang saya beli:

Buat masa ni stok felt ada lagi tapi ada warna tertentu dah makin surut nampaknya dan button pun dah kurang.. aisey bile la diorang nak buat jualan murah lagi ni.. tak sabar nak beli... hehehe...

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas