Kempes Sudah Kaki Nex
Sebelum gi keje pagi ni dah ingat nak pi isi angin nex lepas balik keje.. ok la.. baik punya plan dah kan... Elok sampai kat motor, pi check tayar, nak tengok la ok ke tak.. kurang angin sikit je ni... picit-picit dengan tangan.. banyak lagi angin ni...dan la balik keje pi isi angin.. ok... dengan senang hati pergi la kerja....la la la la....
Tepat kul 4.00petang, gi la kat motor..nak pi isi angin, Start enjin, alih tayar nak reverse keluar parking je terasa berat ya amat-amat... turun la dari motor pi tengok... picit-picit tayar.. mak aii.. tak de angin... siap leh nampak tiub lagi kat dalam tu... oo.. tiub la kot.. ada benda pelik dalam tayar... hahaha.. tak tau..
Tetibe blur, den tak tau nak buek apo dah ni...telefon la en.espada mintak idea.. en.espada tengah keje balik lambat lagi.. tak leh la mintak die tolong.. jadi lepas bincang en.espada dia suh gi kedai motor.. oo.. ha.. ada banyak kedai motor dekat-dekat sini.. pastu tanya en.espada "nak kena tolak ke nex ni?".. mujur en.espada kata "naik je la, bawak 10@20 jer, kat bulatan baru tolak jap..pastu naik balik.." ..wokey bos... mujur leh naik, dibuatnya suh tolak, naik jugak.. tak kira..hahahaha...
aisey kat bulatan tu nak kena amek jam 3, cam ne nak buat.. hurm.. tolak dekat dalam tepi bulatan la.. belah luar banyak kete.. ok.. jap lagi cuba..
Bermula la perjalanan yang dekat menjadi berbatu-batu jauhnya... hahaha.. masa dok bawak slow-slow ni tercari-cari gak butang lampu kecemasan.. ala yang cam kat kete tu... ada ke?.. bahaya tul la tak de lampu cam tu.. kete kat sini mana nak baik hati... tak de hati perut ada la.. nak laju je.. tak peduli pun kami-kami ni yang bawak motor...tambah bila moto rosak.. mesti kena maki punya.. dah motor rosak, kena la tolak, takkan nak pi tempah lori nak angkut pulak...kan?..
Elok sampai kat satu bulatan ni, kan pesan en.espada, kat bulatan kena tolak..jadi dengan terhegeh-hegeh la dok tolak.. berat tau.. dah la bulatan tu cam tinggi sebelah je..fuh fuh fuh.. yey.. walaupun kederat diri ni tahap itik.. boleh la tolak.. elok dah habis pusing sampai jam 3 kat bulatan tu, ready naik motor siap-siap tapi tak jalan pun sebab bagi laluan kat kete dulu.. line clear je cepat-cepat masuk simpang..
yey.. sampai kat satu kedai ni.. dengan berpeluh-peluh cam banjir (sebab pakai sweater.. mau tak peluh banjir.. padan muka) serta bahang petang yang sangat terik ni ku gagahkan diri bertanya, dah tanya-tanya.. tayar tiub tak de.. dan tayar saiz 14 memang tak de jugak..sedih dah ni.. semakin lemau la badanku ini..pi kedai no.2 pulak.. pun tak de gak.. kedai no.2 ni tolong tanyakan kat kedai no.3, pun tak de gak.. naik motor dengan kak syafinas gi kedai no.4.. pun sama gak.. tak de.. patah balik gi kedai no.2...adeh.. keadaan badanku kini semakin lemau mengalahkan biskut merry tau.. dah tak de pilihan kena tukar tayar jadi tubeless kat kedai no.2 ni jugak.. rm75.. tayar depan jer.. mujur ada kak syafinas (akak tu member kedai ni, memang regular customer plus assistant tak bertauliah).. dia la jadi orang tukang cakap a.k.a orang tengah antara saya dengan mekanik kedai no.2 ni.. saya nak cakap.. berat gile mulut ni.. setakat mekanik tak pe. kedai ni macam pot lepak pulak.. ada ramai lelaki .. jadi saya duk diam-diam je la.. akak ni memang selalu lepak kat kedai ni dengan lelaki-lelaki tu.. semua tu kawan-kawan akak tu la..
Setel sume.. dan rm75 pun terbang..... dan tayar belakang pun dah di isikan angin sekali.. dan bagusnya lagi dua minggu lagi la pulak nak pi isi angin.... haaaa... jom balik... sakit kaki dan tangan dah ni... badan pun semakin lembik nak golek-golek kat katil jer.... oh katil I miss uuuuu......
Comments
Post a Comment