Mengenai perpustakaan: pendapat

Ada idea tapi tak tau nak mula mana...adeh.. gatal kepala....

Tiba-tiba dapat idea nak wat topik ni, mengenai isu secara am mengenai perpustakaan sekolah.

Lepas tu dapat lak idea cam nak wat satu pertandingan tak formal untuk semua perpustakaan di Malaysia. Tak de la sampai nak bagi plak ke piala ke, tapi ok la nama perpustakaan tu akan terpapar di blog ini. Pertandingan tu sebagai satu cara untuk mengalakkan lagi perpustakaan di Malaysia untuk dinaiktaraf agar seiring dengan peredaran semasa.

Ni pertandingan suka-suka jer... bukan mainan politik tau... ish.. tak..tak...

Kalau ada yang nak wat sama-sama jom... wat sorang-sorang nanti garu kepala je lebih cam kartun kat atas tu... xmo..xmo...

Pertandingan tu cam ni:

Tajuknya, senarai 10 Perpustakaan terbaik di Malaysia. (terbuka untuk semua jenis perpustakaan). syarat dia: rekaan dalaman dan luaran cantik, susunan buku kemas dan teratur, kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pengguna mestilah berguna (bukan setakat buat hiasan jer) dan yang paling penting penggunanya ramai serta aktiviti yang dijalankan untuk pengguna.

Lepas tu baru ikut kategori pula:

1) Negeri
2) Daerah
3) Universiti/Kolej
4) Sekolah Menengah
5) Sekolah Rendah

Idea ni datang sebab baru-baru ni wakil dari pihak Kementerian Pelajaran datang ke sekolah saya bekerja. Dan mereka juga mahukan seorang wakil dari Perpustakaan untuk ditemubual, tujuan wakil perpustakaan ditemubual adalah untuk mengetahui bagaimana pengurusan perpustakaan dilaksanakan, serta perbezaan perpustakaan sekolah biasa dengan perpustakaan sekolah swasta.

Biasala perkara utama yang membezakan perpustakaan sekolah swasta dengan perpustakaan sekolah biasa adalah peruntukan.

Setelah hampir enam bulan saya bekerja di sini, saya dapati terlalu banyak perbezaan antara perpustakaan sekolah biasa dengan perpustakaan sekolah swasta.

1) Buku teks dikatalog menjadi sebahagian koleksi perpustakaan
Atas initiatif Ketua Pustakawan, semua buku teks dikatalog dalam sistem perpustakaan, baik buku lama mahupun yang baru. Ini memudahkan lagi pihak pengurusan sekolah memastikan setiap buku teks yang diberi pinjam akan dipulangkan semula ke sekolah setiap hujung tahun.

Walaupun seperti seolah-olah menambahkan kerja pada pustakawan dan pembantu perpustakaan, melalui cara ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan perpustakaan kepada pelajar. Mereka terpaksa ke perpustakaan untuk memulangkan atau mendapatkan buku teks sekolah.

2) Kemudahan ICT
Sekolah yang pernah saya belajar dahulu mengasingkan makmal komputer dengan perpustakaan jadi, ramai pelajar lebih pergi ke makmal komputer berbanding perpustakaan. Saya tidak pasti sama ada kini sekolah biasa telah berubah ataupun tidak. 

Tetapi berbeza dengan sekolah yang saya bekerja kini, yang mengabungkan makmal komputer dengan perpustakaan. Jadi sementara pelajar menunggu guru mereka sampai, mereka boleh meronda sekitar rak buku. Dimana perpustakaan sekolah saya bekerja ini mempunyai 2 ruang komputer, 1 di tingkat atas dan 1 lagi di tingkat bawah. Setiap ruangan menempatkan dalam 15 buah komputer dekstop serta 1 pencetak berwarna dan 1 lagi pencetak hitam dan putih sahaja.





Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas