Alahai pemandu.. macam-macam kome yer..
Sebagai pemandu, agak-agak apa yang akan korang lakukan...?
Bukan nak menyalahkan pemandu, ye la saya faham, kadang-kala kita rasa dah bawak cukup slow dah masa lalu kat lopak air tu, tapi kadang-kala mungkin kita tidak sedar berapa slow yang kita bawak?.. 10kmh?..20kmh?..atau 30kmh?..
Nie kes terbaru sat-sat petang tadi terjadi.. Cerita ni terjadi di bus stand PKNS, Shah Alam.. waktu tu hujan dah lama reda tapi ada la satu lopak air bertakung beberapa meter tidak jauh dari bus stand. Pakcik tu sedang tunggu isteri dia datang, jadi dia berdiri menunggu di tepi jalan raya untuk melintas bersama dengan isterinya itu. Tak tau la kenapa pakcik tu awal-awal lagi dah tunggu tepi jalan dan kenapa pulak si isteri lambat datang.. Pakcik tu pun satu, dah tau isteri tak datang lagi tunggu la betul-betul bawah bus stand tu..
Tak pe lah, tu lain cite, fokus kepada pemandu yang tidak bertimbangrasa ini ok.. Jadi sementara tunggu isterinya itu, pakcik tadi tunggu tak jauh dari bus stand kan.. Masa tu ada la satu kete saga, kaler kelabu tunggu dekat-dekat ngan bus stand tu, nak wat macam mana, situ jer port sesuai untuk pick and drop orang-orang yang bershopping...kan..
Tapi lain macam je muka pemandu tu, macam tengah bengang, mungkin orang yang ditunggu tak muncul kot.. alih-alih lepas 5 minit dia nak blah.. time nak blah tu.. boleh dia lalu kat lopak air.. apalagi..
Tapi tak seteruk macam nie la...
Tak teruk pun, abeh la seluar pakcik tu kotor kena air lopak tu... tak de hormat langsung pada orang tua.. tu kan kawasan bus stand hati-hatilah.. bukan berhati-hati sikit tapi berhati-hatilah dengan penuh berganda... Lepas tu baru isteri pakcik tu sampai, ramai gak la orang kat bus stand tu.. semua jadi saksi betapa teruknya pemandu itu.. Untuk pengetahuan pemandu itu adalah perempuan.. memang teruk.. memalukan jer..
tetibe teringat kisah pemandu perempuan yang sungguh 'sopan' memandu:
"Memandu dengan begitu perlahan di waktu pagi..waktu yang orang sibuk nak menuju ke tempat kerja..nak puntual...bukan saya nak kata kita kena bawa laju,tp biarlah kelajuan tu kena gaya..sebagai contoh,ada satu kawasan di permatang pak elong,kelajuan yang boleh dok bawa ialah 60 km/j...tp,setiap pagi,saya mesti akan bertembung dengan sebuah kereta ni,pemandu pmpuan..dia bleh makan angin dengan membawa kelajuan sekitar 30 km/j...naik bosan dok follow...nak potong, double line..bukan disitu saja,ada lagila 2 3 tempat yang berlaku keadaan sebegitu rupa..GERAM.."http://saudarahafiz.blogspot.com/2010/04/karenah-memandu.htmlhahaha.. Apa-apa pun, ada lagi pemandu perempuan yang jauh berbudi dan berbahasa semasa memandu.. kan-kan..?
Comments
Post a Comment