Muffin

muffin...yum..yum...

Tak sangka betul, akhirnya berjaya juga untuk belajar buat muffin...  Tengok maksu buat, teringin je nak buat.. Mungkin sebab tak tahu nak bagi kat siapa kalau masak muffin kot... Ye la muffin sekali buat dapat banyak, tak kan nak melantak sorang-sorang.. tak syok la..

Tup..tup.. rasa cam nak buat muffin dan bagi kat staf perpustakaan dan kawan-kawan sekerja kat tempat praktikal.. hurm.. ok jugak.. kurang-kurang ada ramai target... hehehe...

Jadi, perancangan telah dibuat. Mula-mula sediakan bahan-bahannya dulu..




Bahan-bahan:

1) tepung segera muffin = 500gm = RM6.90 (YNS bakers),RM7.90 (Adunan Qaseh) (ikut harga kedai tersebut)

yang nie beli kat YNS Bakers kat Bandar Baru Nilai.. berdekatan dengan Dataran Nilai...

yang nie pulak kat Kedai Adunan Qaseh, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

2) minyak jagung = 129ml = satu botol RM7.90 (sekali guna untuk 500gm 1/3)

masa tu juga minyak jagung yang nie..

3) air masak = 186ml
4) telur = 3 biji =RM2.10 (gred b) (ikut harga kedai juga)


Cara-caranya:


1) Masukkan semua tepung kedalam bekas mixer terlebih dahulu, kemudian masukkan minyak jagung dan air masak. Kacau dahulu sehingga sebati menggunakan spatula atau sudu pun boleh juga..
2) Kacau menggunakan mixer, pada kelajuan minimum/1 sahaja. Tak perlu guna yang laju-laju. kang terpercik plak adunan tu.. rugi..rugi..
3) Masukkan telur satu demi satu.
4) Sambil-sambil tu bolehlah panaskan oven. Suhu 180 darjah celcius.
5) Pastikan air dalam adunan itu mencukupi, kalau kurang nanti muffin tak cukup lembut dan bahagian atas tak cantik (keras dan merekah). Tapi jangan terlebih pula.. agak-agak la ok..
6) Dah siap bolehlah tuang dalam cawan.



7) Set masa untuk memasak selama 20minit.

anggaran bagi setiap 500gm boleh mendapat dlm 19cawan muffin ke atas, bergantung kepada kecairan adunan muffin tersebut.

kos anggaran:
RM6.90 + RM2.60+ RM2.10 = RM11.60

untuk 19cawan = 1 cawan RM0.60


ok la..

lepas 3 kali wat muffin, semakin bersemangat dan yakin untuk membuat lagi.. hehe..

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas