Taman Pertanian memang best!
Orang tak sedar betapa bestnya pergi ke Taman Pertanian tu, memang extreme, tempat yang sangat luas, pelbagai permandangan dapat dinikmati, kehijauan pohon-pohon yang ada sungguh mendamaikan, pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Tempat dating yang paling sesuai (dating dengan ehem2x, kawan-kawan dan keluarga). Sebab?.
Sebabnya boleh berbasikal, boleh memancing, boleh berjogging, boleh main paintball, boleh cuba skytrex.. Bayaran RM 3 sekali masuk bagi dewasa, kalau nak pergi ke rumah 4 musim kena bayar RM 3 lagi. Basikal pun ada kadar bayaran dia jugak. Tapi tak mengapa ada bas disediakan (yang nie free tau). Tu la puncanya dalam tempoh 4 bulan ini sahaja dah 4 kali saya pergi Taman Pertanian.
Kali pertama: Pergi dengan kawan yang datang dari Kelantan. Tapi ronda ke rumah 4 musim je. Kebetulan masa pergi tu musim bunga sahaja. Syok sebab dapat berbasikal dari pintu utama sampai ke rumah 4 musim tu. Tapi tak puas la ronda-ronda kat situ. Mane taknya 3 jam je berada kat situ. huhuhu.. nak lagi berbasikal... (bukan nak bakar lemak, tapi gian nak merempit basikal tu.. hehe)
Kali kedua: Pergi dengan keluarga, kawan dan ehem2x (gatal pulak tekak ni (^_^) ). Ronda ke rumah 4 musim jugak. Sebab masa tu musim sejuk. Kali nie pergi masa cuti sekolah la, jadi teramat lah ramai orang yang pergi. (Dah ramai orang, basikal pun dah habis, nak tak nak naik la bas). Sampai je kt rumah 4 musim tu, mak ai, ramainya, sesak rumah tu jadinya dan sampai salji pun dah cair, snowman pun cair tau... (tak dapat rasa kesejukan iklim musim sejuk) sedih sangat.. huhuhu =(
Hasilnya: Kecewa dan hampa dengan kunjungan kali ini.
Oleh kerana tidak puas hati tidak dapat rasa musim sejuk, jeng..jeng...
Kali ketiga: Pergi dengan kawan-kawan serumah, kami berlima. Pergi lepas tengahari, sebab ada hal waktu pagi, tapi tak apa, sebab motifnya nak ronda ke rumah 4 musim jer. Syok gak la masa nie sebab tempat tu dah lengang sebab kami pergi tu bukan musim cuti sekolah atau hari minggu. Nak tahu kami pergi hari apa?.. Hari Jumaat.. hehehe.. tu sebab pergi lepas tengahari.. Ingat nak naik bas lagi (tak jadi nak berbasikal, fulus tak cukup.. hehe). Sekali masa tu perkhidmatan bas dihentikan sebab jalan dalam taman itu sedang dinaik taraf. Adoi.. menapak la jawabnya sampai ke rumah 4 musim.
Niat nak rasa salji tercapai. yahoo.. memang sejuk dalam peti ais tu (peti ais sebab rumah 4 musim tu memang macam peti ais yang saiz gergasi). Baru 30 saat, asap dah keluar dari mulut bila bercakap.. wahh.. nie baru betul-betul macam kat oversea... Jadi, saya dan 2 orang rakan cuba buat catatan rekod berapa lama boleh bertahan dalam peti ais tu.. akhirnya 15 minit sahaja kami mampu. Kang ada yang ganti snowman kat situ pula.. takmo2.. puas hati la kunjungan kali ini, niat nak rasa salji dah tercapai...
Tapi ada lagi... ai.. macam-macam hajat saya nie kan.. pas satu-satu.. ada jer point nak datang lagi ke taman nie.. hehehe...
Kali keempat: Saya pergi dengan kawan-kawan lagi.. biasa la orang yang ada kete nie ramai sket kawan dari yang biasa.. haha.. xpe2.. kemudahan yang kita ada bantu orang.. bukan free tapi duit minyak diorang tanggung.. ok la kan.. kali nie pun 5 orang jugak yang pergi termasuk saya. Nak tahu apa hajat saya kali nie?..
Saya nak naik bas kemudian berhenti di Empangan Sungai Baru kemudian jalan kaki turun ke bawah (pintu utama).. terkejut kawan-kawan saya bila saya nak cakap kat mereka. Tapi mujur la diorang sporting. Jadi kami tiba di Taman Pertanian dalam jam 10 pagi. Awal kan?.. Nak jalan kaki kan, kena la pergi awal-awal...
Cantik sangat pemandangan kt Empangan Sungai Baru.. best.. kat empangan tu ada petak-petak kolam ikan dan pengujung boleh bagi ikan makan..(makanan ikan free je, xde kena cas).. huhu.. saya duduk je kat tempat yang disediakan dan tak ronda ke kolam ikan sebab takut jatuh dalam kolam tu yang sememangnya sebuah empangan yang sangat-sangat dalam... di situ ada disediakan tempat untuk orang memancing.
port org memancing
kolam ikan di Empangan Sungai Baru
Puas di empangan, kami pergi pula ke Taman Cendawan, ada menara pandang jauh di situ. (terlepas beberapa taman lain sebab kami tumpang naik bas dan berhenti di Taman Cendawan). Tinggi menara tu. Saya pun tak naik sampai tingkat paling atas di menara itu sebab gayat. huhu.. xpe2..
Ni la menara yang saya tak berani naik
Lepas tu pergi rumah 4 musim. Tak masuk dah, sebab dah dapat masuk masa kunjungan ketiga kan.. jadi ronda-ronda la sekitar rumah 4 musim tu, sementara kawan-kawan ronda kat dalam rumah 4 musim. Kemudian pergi ronda di sekitar petak sawah. Walaupun sawah tak ada (sebab lalang je banyak dalam petak sawah tu) tapi tak apa sebab pemandangan dia pun dah cukup cantik sangat... Jadi hajat dah tercapai.. yesss...
Tapi... ada lagi tapi..,
Saya teringin sangat-sangat nak cuba skytrek.. bila ya nak pergi?... tunggu....
manyak best maaaa....
ReplyDelete