Pustakawan 2: Bukan sekadar menyusun dan 'cop' buku


Apa itu pustakawan?..

Kerja susun-susun buku dan cop-cop buku tu ke?.. (Terbayang satu babak dalam cerita upin dan ipin, yang mana mereka pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku)..

Tidak.. tidak.. kerja pustakawan jauh lebih penting dari sekadar susun dan cop buku.


Mesti ada yang berkata.. ya ke??... boleh percaya ke??.. tengok kt perpustakaan tu, buku-buku tak tersusun je, buku-buku berterabur jugak, staff-staff rilek je kat kaunter macam tak buat kerja..

ok.. secara ringkas mari kita meronda ke dalam dunia perpustakaan sebentar...

1-
Bayangkan sebuah perpustakaan yang tidak ada sebarang buku didalamnya. Hanya ada pustakawan dan staff perpustakaan sahaja.

2-
Bayangkan pustakawan di bahagian perolehan sedang memilih tajuk-tajuk buku yang sesuai untuk para pengguna.

3-
Buku-buku yang terpilih telah dibeli dan dihantar oleh pengedar buku ke perpustakaan.

4-
Buku tersebut diserahkan ke bahagian perolehan untuk disemak semula agar sama seperti yang ditempah oleh pustakawan. Jika salah buku akan dipulangkan ke pengedar buku dan sekiranya betul, buku akan diserahkan ke bahagian pengkatalogan.

5-
Di bahagian pengkatalogan, pustakawan akan menetapkan nombor-nombor rujukan bagi setiap buku agar mudah dicari oleh pengguna.

6-
Buku yang siap diproses akan diletakkan di rak-rak buku mengikut nombor rujukan yang telah diberikan.

7-
Di peringkat ini, para pengguna boleh mencari dan meminjam buku-buku tersebut. Buku yang hendak dipinjam akan dibawa ke kaunter peminjaman bagi proses peminjaman.

8-
Jika pengguna mempunyai masalah dengan pencarian buku yang dikehendaki boleh dirujuk kepada pustakawan di kaunter rujukan.

9-
Jika ada buku-buku di perpustakaan yang terkoyak, buku tersebut akan dibaiki ataupun diganti dengan yang baru.

10-
Setiap tahun, setiap buku yang ada di perpustakaan akan disemak bagi memastikan setiap buku tersebut adalah bersesuaian dengan keadaan semasa.

Ini adalah maklumat ringkas tentang keadaan dalam pengurusan perpustakaan, tugas pustakawan bukanlah mudah kerana buku-buku adalah mahal dan memerlukan pengjagaan rapi bagi memanjangkan hayat buku tersebut.

Apa-apa pun, bidang keperpustakawanan adalah menarik kerana dikelilingi banyak buku-buku ilmiah. Pelbagai ilmu dari pelbagai cabang dapat dibaca walaupun sekadar melihat 'rumusan keseluruhan buku' di kulit belakang buku.

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas