Perpustakaan juga boleh menjadi kedai buku?

(Google.com)

Kenapa tidak?.

Orang zaman sekarang kurang suka pergi ke perpustakaan, tetapi kedai buku tetap dikunjungi..

Buktinya, orang kurang pergi ke perpustakaan awam yang disediakan di setiap negeri, tetapi kedai buku seperti MPH dan Popular sentiasa diserbu oleh si ulat buku. Benar bukan?..


Sungguhpun pepustakaan di universiti juga tidak kurang hebatnya. Saya sendiri juga lebih suka pergi ke kedai buku untuk membaca buku-buku walaupun terdapat segelintir buku dibalut agar isi kandungannya tidak boleh dibaca.

Fakta mengenai 'orang akan tetap mengunjungi perpustakaan tidak kira dimana ia dibina', pada saya perlu diubah kepada 'dimana ada orang disitu ada perpustakaan'..

Ini kerana, perpustakaan sekarang perlu mendekati masyarakat dan memudahkan masyarakat untuk datang mengunjungi, institusi perpustakaan juga perlu bersaing dengan e-book dan internet yang jauh lebih mudah dan flexibel berbanding buku-buku sebenar di perpustakaan.

Saya pernah membayangkan sebuah perpustakaan di sebuah pusat membeli-belah di selangor yang juga berfungsi seperti kedai buku, dimana, semua buku-buku di 'perpustakaan' ini boleh dibaca terlebih dahulu. Kerusi dan meja untuk membaca juga turut disediakan. Dan sekiranya pembaca itu berminat dengan buku yang dibaca dan ingin membeli buku tersebut, mereka boleh membuat tempahan di kaunter pembelian, dan staff 'perpustakaan' akan mengambil buku yang sama di stor buku. Kemudian diserahkan kepada pembaca tersebut dan urusan pembelian akan dijalankan.

Mungkin pelbagai masalah akan berlaku dalam mewujudkan 'perpustakaan' ini, seperti adakah bangunan itu sesuai untuk menampung beban buku-buku tersebut. Tetapi seandainya institusi perpustakaan dan pelbagai pihak lagi berganding bahu segala permasalahan ini boleh diselesaikan.

Apa yang lebih penting adalah untuk memartabatkan lagi institusi perpustakaan dalam komuniti masyarakat hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas