Masalah wang + Kehidupan universiti = Hari-hari yang sangat sibuk

Semua orang ada masalah yang tersendiri, baru sesaat masalah dah berjaya diselesaikan dan baru sahaja hendak merasai bahagia masalah baru pula dah timbul, terus jadi serabut dan kusut.

Tapi bayangkan hidup tanpa masalah, mesti pelik, hari-hari gembira dan senyum sahaja. Bosan la pula jadinya. Adoi!!..



Sebagai pelajar universiti pula, bulan pertama dan kedua dalam semester baru memang tidak sibuk sangat, al-maklumlah baru je start kan (hahaha..) Masa ini masalah wang tidak terasa sangat. Dan biasalah jika dalam jangka masa tersebut, pelajar universiti lebih banyak keluar membeli-belah (bagi yang tak sedar diri nanti hujung semester pokai tak ada duit), meronda satu malaysia melawat tempat-tempat yang mereka mahu lawati (betul-betul, dah kerja tak ada masa lagi nak ronda-ronda dengan kawan-kawan) dan bagi yang lebih menghargai masa ada yang bekerja sambilan di kedai atau restoran untuk menambahkan wang saku (hujung semester jadi 'ah long' dengan kawan-kawan sebab duit ada lagi).

Ya, saya sendiri pernah bekerja semasa belajar. Bergantung kepada situasi, jika diizinkan memang akan terus bekerja dan jika tidak, pelajaran harus diutamakan walaupun kepala menjadi kusut kerana wang semakin susut. Satu perkara yang penting, saya terpaksa bekerja BUKAN kerana wang pinjaman PTPTN tidak mencukupi, tetapi kerana ibu saya tidak membenarkan saya meminjam PTPTN. Sebagai anak yang sudah dewasa dan mengenal apa itu W.A.N.G dan nilainya, saya sedar yang saya harus berdikari mencari wang sendiri tanpa mengharapkan ibu semata-mata. Alhamdulillah, gred CGPA saya masih lagi 3.00 pointer ke atas (tapi tak dekan la) sekalipun saya sibuk mencari rezeki.

Cuba bayangkan: isnin - khamis penuh dengan jadual kuliah dan siapkan tugasan kuliah bersama kawan-kawan. Jika ada kelapangan sepanjang hari isnin-khamis terus pergi kerja (tak baik bazirkan masa baik pergi kerja dapat juga duit). kemudian hari jumaat - ahad pula memang dah tetap waktu untuk pergi kerja. Bagai tak cukup tanah saya untuk bergerak. Sakit badan, penat kerana terkejar-kejar kesana kemari. Dan lagi kawan-kawan menggelarkan saya YB, sebab sibuk macam yb.. teruk betul.

Bila dah masuk fasa 2 bulan terakhir sebelum final exam, ha.. masa itulah wang sangat-sangat diperlukan. Bagai lampu kat dada Ultraman yang menyala-yala dikala ultraman semakin lemah, masa inilah poket bernyala-nyala seperti itu menandakan wang semakin kurang. Hujung semester inilah banyak nak print assignment lah, nak pergi research lah, nak top-up hp nk call orang luar lah, makan pun semakin banyak jugak lah dan poket berlubang pun semakin besar jugak lah. Nak kerja masa-masa macam ini memang maunya kena fire + karate + flying kick dengan groupmate, ye la, orang sibuk nak siapkan assignment dan lagi nak pergi kerja. Jadi, kenalah menyerah kalah.

Jadi bagi pelajar diluar sana, cuti semester manfaatkanlah sepenuhnya dengan bekerja, tidak rugi, bekerja dapat tambahkan wang saku dan juga dapat kutip pengalaman yang tidak diajar dalam kuliah. Barulah dapat rasa kehidupan seorang pelajar universiti yang sebenar.

Comments

  1. huhuhu...
    sabar dear...pasti ade hkmah disebalik sumer nihh...ALLAH is always by your side.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas