Jasamu..

(Google.com)

Tiada istimewanya padamu
Kau cuma insan biasa
Yang telah lama pergi menemui Tuhanmu
Bezanya, sewaktu kau gagah dahulu
Azam, semangat dan kegigihan
Dimanfaatkan untuk bangsa, agama dan negara
Jiwa dan semangat pengorbanan
Tidak dapat dipatahkan
Tiada upaya ditembusi nafsu rakus
Kaugadaikan jasadmu
Kaukorbankan nyawamu
Cinta sayang kepada keluarga disisihkan
Kami kau tinggalkan
Isterimu menjadi balu
Anakmu menjadi yatim
Semangatmu bersalut waja
Untuk menegakkan kebenaran dan keluhuran
Bagi dinikmati oleh zuriat bangsamu
Kau tidak pernah mengharapkan ganjaran
Tidak pernah minta dibalas
Keluargamu meneruskan perjuangan
Untuk hidup
Berpandukan cahaya semangatmu
Berbekalkan kekuatan keikhlasanmu
Tiada siapa sudi tampil membela
Ah! kau cuma insan kerdil tidak ternama
Pahlawan dalam ingatan kubur sejarah
Apa ada pada jasamu
Merdeka adalah untuk terus berjuang
Semangatmu telah mewarna sejarah
Tangan isterimu telah menggoncang dunia
Meneruskan perjuangan jasamu

Nukilan:
Ismail Johari (1999). Bukit Kepong. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
[959.5119 ISM (Perpustakaan Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur)]

p/s: Saya menjadi khusyuk dan asyik menghayati setiap perjuangan anggota polis di Bukit Kepong yang bertugas semasa itu. Kagum dengan perjuangan isteri-isteri mereka yang turut berganding bahu bersama-sama mempertahankan Bukit Kepong. Jasa mereka demi negara keamanan negara kita begitu besar...

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas