Ibu
Love u mom~~
Betapa berat bebanmu tanggung,
Pelbagai dugaan kau harung,
Pelbagai hutang kau pikul,
Pelbagai kesakitan yang tidak tertanggung.
Duhai ibu,
Andai aku boleh meredakan bebanmu,
Ingin sekali aku lakukannya untukmu,
Meringankan bebanmu,
Mengharungi dugaan bersamamu,
Melangsaikan hutang piutangmu,
Menjadi panadol menghilangkan kesakitanmu.
Maafkan aku ibu,
Aku belum berupaya untuk membantumu,
Walaupun perasaan meruntun pilu,
Tatkala melihat wajahmu yang sayu,
Lemah jiwa dan menusuk kalbuku.
Oh ibu,
Setiap detik yang kulalu,
Menghitung waktu saban minggu,
Menanti gaji yang dapat membantumu,
Walaupun sedikit tetapi kau senyum,
Kerana aku penyelamatmu.
Comments
Post a Comment