Disebalik
1-
Sengaja dicoretkan sekadar meluahkan,
Bukan kerana mencari publisiti murahan,
Kerana kadang-kala hati ini terkesan,
Dengan soalan-soalan yang diajukan.
2-
Sepuluh tahun telah berlalu,
Bagaikan semalam ia berlaku,
Namun hati ini masih dirundung pilu,
Terkenangkan sejarah memori dahulu.
3-
Walaupun lama sudah berlaku,
Pertanyaan sebegitu sensitif padaku,
Sebelum laju airmataku,
Ku seka ia dalam hatiku.
4-
Bukan mudah untuk menghadapi,
Hari-hari dilalui mencabar diri,
Segala disembunyi dibalik wajah ini,
Agar kegusaran tiada yang mengetahui.
Comments
Post a Comment