Adakah peluang masih ada??
Copy dari Google
Tiba-tiba aku terkaku
Senyumanku menjadi layu
Mataku berubah sayu
Hatiku dirundung pilu
Ku buka mata
Dan kau masih setia disana
Memandangku seolah terpana
Sedang mengingati kenangan lama
Dan kau masih setia disana
Memandangku seolah terpana
Sedang mengingati kenangan lama
Ku melangkah pergi
Inginku sejukkan hati
Menjadi sedingin salji
Yang tetap utuh disinar mentari
Inginku sejukkan hati
Menjadi sedingin salji
Yang tetap utuh disinar mentari
Baru ku mengorak langkah
Aku dipanah
Bergerak dalam payah
Tidak mahu berpatah arah
Aku dipanah
Bergerak dalam payah
Tidak mahu berpatah arah
Suara memanggil sengaja tidak didengari
Kecewa hati tidak dapat diubati
Cekalkan hati, Teruskan langkah tanpa henti
Tersentak aku bila dikasari
Kecewa hati tidak dapat diubati
Cekalkan hati, Teruskan langkah tanpa henti
Tersentak aku bila dikasari
Kau masih tidak mengerti
Akan badai Tsunami melanda dihati
Kau senyum menyapa diri ini
Seolah tiada apa yang terjadi
Akan badai Tsunami melanda dihati
Kau senyum menyapa diri ini
Seolah tiada apa yang terjadi
Aku mohon diri
Maaf dipinta setulus hati
Tiada niat untuk berlalu pergi
Kerana aku tidak menyedari
Maaf dipinta setulus hati
Tiada niat untuk berlalu pergi
Kerana aku tidak menyedari
Akhirnya engkau faham
Melepaskanku agar aku tidak berdendam
Meskipun banyak perkara yang terpendam
Ingin dilontar tapi terbenam
Melepaskanku agar aku tidak berdendam
Meskipun banyak perkara yang terpendam
Ingin dilontar tapi terbenam
Berlalulah ia sebegitu kali
Entah bila dapat peluang sekali lagi
Bukan sengaja tidak dimanfaati
Namun tidak mudah untuk dihadapi
Entah bila dapat peluang sekali lagi
Bukan sengaja tidak dimanfaati
Namun tidak mudah untuk dihadapi
Comments
Post a Comment