Posts

Wordless Wednesday #3

Image
Pemandangan ala resort di pagi hari yang tenang dan damai. Kelihatan bukit yang berkabus tipis dan udara yang sejuk lagi menyamankan. kenangan disini mendewasakan diri.  Rumah berteduh bermula dari berdua kepada berempat. Akhirnya akan ditinggalkan tidak lama lagi. Apakah perubahan akan berlaku disini selepas 5 tahun nanti.

Ada baju terpakai?. apa boleh buat?

Image
Carousell pilihan utama saya Baju atau barang terpakai anak-anak masih ada nilai jika syarat dibawah dipenuhi: Syarat baju terpakai yang sesuai diderma, sedekah atau dijual: 1. Bersih Seeloknya baju-baju tu nampak la bersih dan elok untuk orang pakai.. tak ada tompok-tompok hitam ke, kuning air ke.. teliti baju tu betul-betul. Barang pun sama. 2. Basuh Basuh baju anak-anak dan simpan dalam bekas khas.. kalau simpan dalam almari anak-anak pastikan baju tu tak diguna, simpan dalam plastik elok. Kurang-kurang ada la wangi sabun tu sikit.. sedap orang bau bila buka bungkusan tu nanti.. Kalau barang boleh dilap. Lap elok-elok.. jangan biar kotoran sememeh ke berlekit kat situ.. 3. Berguna/berfungsi/berterus terang Jujur la dengan pembeli tentang kondisi baju anak-anak tu.. tengok dulu.. cukup butang baju ke, tertetas jahitan ke, tercabut hiasan baju ke, teruk sangat ke koyakan kat baju.. elok berguna boleh dijual.. barang cukup item  tak, bateri rosak ke, hilang sebelah tayar ke.. ...