Posts

Showing posts from March, 2016

Bakal Pengantin 2016: Katerer oleh RDK Katering

Image
Macam mana boleh ambil katerer ni?. Kesnya masa tu ada kenduri kahwin di Dewan Bandar Baru Salak Tinggi.. lauk rasa sedap, terus mencari kad nama, nasib ada lagi. Tengok kat kad nama tu ada katanya ada Instagram.. apa lagi.. usha la Instagram mereka.. alih-alih masa usha tu.. wow.. terkedu.. cantiknya... Dah telefon dan set temujanji nak jumpa dan bincang pasal menu dan apa-apa aja yang berkaitan.. Telefon dulu untuk jumpa di rumah/kedai. Alamat katerer dalam kad tertulis yang ni tapi ni rumah pemilik katerer ni: RDK Events (Resipi Desa Katering) No. 18, Jalan Vista 1/7, Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Kedainya: Jalan Vista 1/9, Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor No telefon: 012-7759129/012-7769129 Email: rdk9129@gmail.com Nak google sila guna carian: Desa Vista Dah sampai jalan masuk ke Desa Vista tu, terus je naik atas bukit (kemudian belok kiri), lepas tu terus lagi sampai nampak deretan kedai di ...

Bakal Pengantin 2016: Butik Pengantin oleh Nur Nilam Sari Bridal

Image
Bagi pengantin-pengantin yang berada berdekatan dengan Bangi boleh la ke butik ini.  Alhamdulillah selepas kami berbincang dengan butik ini mereka boleh buat perkhidmatan ke Salak Tinggi (tempat majlis saya nikah dan kenduri nanti) dan harga pakej mereka juga berpatutan (ada promosi masa tu). Hampir semua butik di Bangi telah kami kunjungi, namun butik ini juga yang paling menarik hati. Pakej menarik dan harga pun cantik. Butik lain-lain pun cantik jugak tapi harganya tak mampu untuk saya bayar, bajet saya dalam RM2000 ke bawah untuk nikah dan sanding. Ini alamat butik tersebut: Butik Pengantin Nur Nilam Sari Centre Tingkat 1, Jalan PB 2A, Pusat Bandar Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Mula kami datang berdua jer jadi kami ambil keputusan untuk ambil pakej dibawah. Pakej Ruby RM1500 1 Set Baju Bersanding L&P Aksesori L&P (kasut sanding perempuan ada diberi, lelaki pakai kasut sendiri) 1xSolekan Profesional Pelamin (sehingga 12k...

Bakal Pengantin 2016: Hantaran ke pihak lelaki

Image
Siap jugak hantaran untuk cik abang.. simple je kan saya buat. Tak de nak berbungkus-bungkus dan bergam-gam banyak sangat.. pakai double tape je, habis cerita. Tips: *beli masa sale .. daripada dating  tak tentu hala, baik dating  pi tengok harga.. dapat harga yang berbaloi boleh terus beli. *tak nak beli awal-awal pun tak pe, simpan duit tu dan jangan guna. Sampai masa boleh beli, poket kita sendiri juga yang tak sakit nanti. 5 dulang: 1. Seluar kaler coklat - bawah sekali jadi tak nampak sangat 2. Kemeja Putih 3. Jaket bomba - nak pakai pergi Jogja katanya.. 4. Beg laptop/galas 5. Wallet  lelaki panjang 6 & 7. Set penjagaan muka dan badan (suka hati je combine  depa ni..tak de sapa marah pun..) 8. Kasut 9. Earphone 10. Coklat Riben oren tu riben organza kosong. Cara nak buat riben oren saya tiru kat sini: Ni template  kad hantaran saya: Kad hantaran from Athirah Espada