Mengenai perpustakaan: pendapat
Ada idea tapi tak tau nak mula mana...adeh.. gatal kepala.... Tiba-tiba dapat idea nak wat topik ni, mengenai isu secara am mengenai perpustakaan sekolah. Lepas tu dapat lak idea cam nak wat satu pertandingan tak formal untuk semua perpustakaan di Malaysia. Tak de la sampai nak bagi plak ke piala ke, tapi ok la nama perpustakaan tu akan terpapar di blog ini. Pertandingan tu sebagai satu cara untuk mengalakkan lagi perpustakaan di Malaysia untuk dinaiktaraf agar seiring dengan peredaran semasa. Ni pertandingan suka-suka jer... bukan mainan politik tau... ish.. tak..tak... Kalau ada yang nak wat sama-sama jom... wat sorang-sorang nanti garu kepala je lebih cam kartun kat atas tu... xmo..xmo... Pertandingan tu cam ni: Tajuknya, senarai 10 Perpustakaan terbaik di Malaysia. (terbuka untuk semua jenis perpustakaan). syarat dia: rekaan dalaman dan luaran cantik, susunan buku kemas dan teratur, kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pengguna mestilah berguna (bukan setakat bu...