Posts

Showing posts from September, 2012

Pustakawan 6 : Perpustakaan Rumah

Image
Fuyoo.. beso tul kabinet tu..memang best la letak koleksi buku -> ayat ini ditujukan ke ketua pustakawan di tempat saya kerja... hehehe... Bukan di sekolah jer kena ada buku untuk dibaca... Rumah pun sepatutnya ada perpustakaan sendiri..  Kenapa? 1) Koleksi buku kita bukan sahaja boleh digunakan oleh ahli keluarga kita, tetapi 2) Tetamu juga boleh guna dan baca bila datang bertandang Renungkan: "Jika engkau ingin mengenali seseorang, kenalilah daripada buku-buku diperpustakaannya". Inilah ungkapan yang dikeluarkan oleh Imam Hasan Al Banna. Beliau juga menasihatkan agar setiap rumah mempunyai perpustakaannya sendiri. Ini menunjukkan betapa pentingnya sikap menuntut ilmu dan membaca buku dalam kehidupan kita. Nampak tak.. Imam Hasan pun galakkan kita untuk mempunyai perpustakaan mini di rumah.  Nak tengok ada beberapa lagi idea untuk mencipta ruang bagi perpustakaan di rumah.. jom...

Stesen Keretapi Ipoh

Image
Memang cantik kan Stesen Keretapi Ipoh ni?.. Kali pertama balik Ipoh naik tren ETS KL Sentral-Ipoh. Selama ni selalu naik kereta jer.. Ntah kenapa tetibe jer mood rasa nak naik tren. Masa ni nak raya jadi baik naik tren, jimat tol dan minyak..  Tiket tren... sebelum naik Dalam tren... dan tiket dah kena cop... Tren ETS ada 3 jenis: 1) Platinum RM 45.00 (dewasa); tempoh perjalanan 2 jam 2) Gold RM 35.00 (dewasa); tempoh perjalanan 2 jam 15 minit 3) Silver RM 25.00 (dewasa); tempoh perjalanan 2 jam 30 minit Nampak tak beza ketiga-tiga tu?... nak cepat amek Platinum, sebab trip tu memang terus ke Ipoh, tak de singgah mana-mana stesen dah. Yang Gold dan Silver ada singgah stesen-stesen lain cuma yang beza dua ni jumlah stesen. Silver singgah paling banyak stesen dari Gold. Tapi baik naik Silver, murah pun. Tak kisah la singgah-singgah ni, janji senang. Sepanjang perjalanan tak terasa tren sesak pun, selesa sangat-sangat. Kerusi pun best boleh adjust2 . ora...

Advancer si peniup ney oleh Faisal Tehrani

Image
ISBN: 967-61-1762-5 (10) Terbitan: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd Tahun: 2005 Mukasurat: 243 m/s Sinopsis: Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat,lazat,lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran.  Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan; emm, cita rasa, cita rasa! 40 remaja berwajah bersih amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya.  Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta: Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi: Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya adalah sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati. Dia Sumber Cinta, Pencipta S...

Tentang cinta oleh Pahrol Mohd Juoi

Image
Cover buku yang saya baca, buku ni sudah ada cover yang baru "Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku, jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintai aku, dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu." __________________________________________ Bab 1: Titanic yang tenggelam "Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri...sebelum mencintai Allah" Remaja masa kini terlalu asyik dan kemaruk dengan cinta, ada yang bermula seawal sekolah rendah ataupun menengah malah di usia pra-sekolah pun sudah ada..cinta monyet. Bagi yang di universiti, puncaknya adalah mempunyai seorang pasangan hati di sana, berkenalan dan terus 'couple' dengan pengharapan penghujungnya adalah nikah namun ada yang terkandas jua. Cinta sememangnya asyik dan nikmat kerana ia adalah hadiah daripada Allah. Kita seringkali mengetepikan Allah kerana terlupa bahawa Diala...