TM (Tamat Belajar)
Yesss... dah grad... yippie... Subhanallah..Maha suci Allah yang berkuasa terhadap segala-galanya... Alhamdulillah atas kurnia-Nya yang tidak terhingga... Allahu Akbar Allah Maha Besar.. yang sentiasa memberi walaupun hambanya ini seringkali alpa dan leka terhadap-Nya.. Syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya kini aku bergelar graduan ijazah sarjana muda.. belum terlintas di hati untuk menyambung ke peringkat ijazah sarjana lagi.. Yang ada dalam kotak fikiran adalah mencari kerja untuk membantu keluarga dan menyara 2 orang lagi adikku... Jutaan terima kasih buat para pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana kerana jasa dan bimbingan kalian yang dicurahkan selama 2 tahun saya menuntut ilmu di sana. Jasa dan ilmu yang kalian curahkan, InsyaAllah akan saya manfaatkan dalam kehidupan dan dunia pekerjaan yang bakal saya masuki kelak... Hanya ALLAH jualah yang dapat membalas segala jasa kalian terhadap say...