Kedai Motosikal Kawasan Taman Equine, Seri Kembangan

Ni la kedai yang saya suka pergi.. Taman Equine, Seri Kembangan

Alamat: Jalan Putra Permai 1a, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan. (Landmark: McD Taman Equine & Kumon Taman Equine)

21/09/2015 (Isnin)

Sambungan dari entri: Tayar belakang NEX bocor kat Putrajaya

Tengok gambar bawah.. tu minyak enjin dan minyak hitam yang selalu saya guna untuk skuter Nex saya. Tak pernah tukar jenis lain.. memang brand dan rupa yang sama saya dok guna dari mula bawak Nex dulu.


Minyak Enjin

Minyak hitam

Elok masa tukar minyak hitam dan minyak enjin/gear tu, terperasan tayar depan pun dah haus, siap ada rekah-rekah lagi.. hati dah tak sedap.. tapi duit tak cukup kat tangan.. huhuhu..

Jadi lepas kerja petang tu jugak terus ke ATM, cucuk duit lepas tu terus pergi kedai tadi dan tukar tayar depan..

Tada! tengok gambar bawah.. ha.. lawa dah tayar depan..

Tiada lagi kerisauan.. hahaha...
RM80

Tanya kedai ni kalau tayar belakang berapa kena.. lupa jumlah RM yang dia sebut.. tapi lagi murah dari kedai yang kat Putrajaya tu.. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera di gambar bawah yea..

Kat kedai ni juga saya pernah minta diorang tolong buatkan stiker nombor plat baru untuk tayar depan motosikal sebab dah nak lekang stiker yang ada masa tu..

Dan saya juga beli jaring lapik duduk motor ni.. bagus jugak pasang jaring tu, hari hujan tapi kerusi tak basah kuyup.

p/s: hahahahha.. best betul masa memandu balik rumah.. tayar depan dan belakang dah baru.. dah sedap nak bawa (mujur tak reti buat kona baring. hahahaha) sebijik masa memandu tu rasa macam angkat motor baru.. ceh.. ayat poyo dah keluar.. hahahaha...

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas