Bakal Pengantin 2016 : Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin



Bab ni, sila bagi perhatian semasa kursus kahwin. Jangan sampai masanya, anda sudah lupa dan mula kalut Google cari cara-cara untuk mendapatkan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin. Ada sesetengah negeri anda perlu ke Jabatan Agama/Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) itu sendiri untuk dapatkan borang dan ada yang cuma perlu isi atas talian sahaja.

Bagi rakyat Selangor (lelaki dan perempuan) dan rakyat bukan dari Selangor tetapi melangsungkan pernikahan di Selangor bolehlah ke Sistem NCR Online untuk mengisi borang.

Panduan dan rujukan untuk mengisi borang boleh klik sini.

Borang Pengesahan Permaustatin
Bagi yang memerlukan untuk mengisi Borang Pengesahan Permaustatin, ada syarat yang perlu dipatuhi:

1)  Tinggal sekurang-kurangnya 4 bulan atau lebih di tempat di mana permohonan dibuat.
2)  Salinan kad pengenalan pemohon.
3) Salinan kad pengenalan saksi (yang kenal dengan anda contohnya: saudara mara dan kenalan rapat). Dan saksi harus ikut sama semasa mendapatkan tandatangan pengesahan borang ini. Contoh saya: Paksu
4) Pengesahan hendaklah dibuat oleh: Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Nazir atau Pegawai Tadbir Masjid/ Pengerusi Jawantankuasa Penduduk/Pengerusi Taman Perumahan di kawasan anda tinggal sekarang. <-Sila ambil nombor telefon mereka untuk buat temujanji

Untuk Bandar Baru Salak Tinggi, Pejabat Penghulu berada di Pejabat Daerah dan Tanah Sepang.

Bila dah sampai Pejabat Daerah dan Tanah Sepang tu, cari bangunan yang ada dot merah. Pastu dekat dot merah tu ada jalan masuk ke dalam bangunan tu, di situ ada kaunter pertanyaan@kaunter khidmat pelanggan (boleh tanya situ), kami serbu naik tangga je yang ada di sebelah kanan lepas lalu kaunter tu, dan naik tingkat atas sekali (tingkat yang jubin tangga dia paling tak lawa sekali..hahahaha). Dah sampai atas, belok kiri, pejabat pertama sekali. Masuk dalam, dalam tu ada kaunter (boleh panggil la sesiapa yang ada dan tanya betul ke ini pejabat Penghulu, kalo betul tanya la Penghulu ada x?, kalo tak de mintak nombor Penghulu dari staf situ)

Contohnya saya, alamat kad pengenalan saya beralamat di Perak, walaupun sudah 15 tahun menetap di Selangor jadi saya perlu dapatkan pengesahan untuk melangsungkan pernikahan di Sepang, Selangor. 

Cakap pasal nombor telefon pegawai yang boleh buat pengesahan ni kan, saya dah terkena, sebab saya tak kenal mereka ni melainkan Pengerusi Taman Perumahan (tu pun sebab ada bagi memo, kalau tak haram tak kenal jugak). Sebab ini kali pertama, jadi mula-mula tu langsung tak terfikir pasal Pengerusi Taman Perumahan, dalam kepala ingat kena cari Penghulu sebab paksu tahu kat mana pejabat dia.

Ambil cuti, naik kereta paksu dan pergi jemput saksi nombor dua (Pakcik Syed) untuk saksi Borang Permohonan Berkahwin sebab boleh hantar terus ke PAID. Gerak ke pejabat Penghulu kat atas bukit kat Bandar Baru Salak Tinggi. Jenuh mencari pejabat dia, sekali menyorok dalam apa ntah nama pejabat tu. Tu pun mujur sebab ada staf disitu yang tegur (sebab saya pakai baju kurung ala-ala formal a.k.a ada rupa cam orang gomen kot! hahaha) ntah-ntah dia tegur sebab saya macam sesat kat situ (memang pun!). Pegawai tu siap jemput duduk dalam pejabat sementara dia panggil Penghulu yang ada dalam mesyuarat untuk keluar sebentar berjumpa dengan kami. Mujurla Penghulu tu mahu keluar jumpa dengan kami.

Jadinya sila selidik awal-awal: nama, alamat pejabat dan nombor telefon pegawai yang boleh mengesahkan Borang Pengesahan Permaustatin, jangan serbu pejabat mereka sebagaimana yang telah saya lalukan, malu wei... mujur ada, kalau tak.. nganga jawabnya!

Borang Permohonan Berkahwin
1) Lelaki:
-Borang yang diisi lengkap
-Kad pengenalan (asal dan salinan)
-Keputusan HIV (asal)
-Sijil Pra-Perkahwinan (asal dan salinan)
-Duit (bayaran proses borang-bawak la dalam RM50, baki masuk poket korang balik jugak)

Dah dapat Surat Kebenaran Berkahwin boleh serahkan kepada pihak Perempuan pula.

2) Perempuan:
-Surat Kebenaran Berkahwin pihak lelaki
-Borang yang diisi lengkap
-Kad pengenalan (asal dan salinan)
-Keputusan HIV (asal)
-Sijil Pra-Perkahwinan (asal dan salinan)
-Surat beranak (asal dan salinan) <-anak perempuan pertama wajib ada, anak kedua dll tak pasti.
-Sijil Nikah dan/atau Cerai ibubapa (asal dan salinan). bagi ibubapa pemohon yang bercerai sila sediakan kedua-dua sijil jika tiada memadai dengan sijil cerai sahaja.
-Saksi 2 orang perlu hadir (kad pengenalan saksi dan salinan)
-Duit (bayaran proses borang-bawak la dalam RM50, ada baki boleh masuk poket korang balik)

Lepas hantar borang tu saya tak dapat Surat Kebenaran Berkahwin, cuma yang saya dapat Borang Rekod Catatan Akad Nikah dan no telefon pegawai yang akan menikahkan kami.

Seminggu sebelum tarikh nikah sila telefon pegawai tersebut dan borang yang diberikan siap sedia.

Hahahaha... 

Macam mana la saya masa nikah nanti yea...

DupDapDupDap.. 

Nebes(nervous) i..

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas