Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)


Yang IWK ni pun saya Google jugak hahahaha.. tapi ada jugak saya pergi laman web diorang ni tau Indah Water

Nak tukar nama IWK ni senang jer, ni cara yang saya buat ok:
1) Ada email yang aktif
2) Rajin bukak email
3) Ada scanner

Kat laman web IWK ada tulis:
Change of Ownership
Photocopies of the 1st, 2nd and last two pages from the 'Sales & Purchase Agreement' with the names of the purchaser/seller, property address, date of agreement and signatories of all parties concerned are to be submitted to IWK for any change of ownership. This is to ensure that ownership details are accurately registered in the premise sewerage account.
Yang saya buat la kan, saya pergi scan kulit depan sekali tu, pastu mukasurat no.1 yang ada cop hasil, pastu mukasurat no. 2 yang ada tulis harga rumah (saya bagi jer yang ni), pastu yang bahagian tandatangan pembeli dan penjual, pastu saya terlebih rajin terbagi plak plan rumah yang mukasurat terakhir sekali, lantak pi la, malas dah nak scan sekali lagi. pastu save as pdf.

Buka email dan buat macam ni:


Bagi yang tak dapat nampak gambar saya ni meh saya tolong, copy jer ayat kat bawah ok:

________________________________
To: care@iwk.com.my
________________________________
Subject: Permohonan Penukaran Nama Pemilik
________________________________

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Saya ingin membuat permohonan penukaran nama pemilik bagi rumah yang baharu dibeli. Disertakan disini salinan surat perjanjian jual-beli sebagaimana yang diminta dalam laman sesawang rasmi Indah Water.

Selain itu, diharap pihak tuan/puan boleh menggunakan alamat yang sama bagi tujuan urusan surat-menyurat rasmi.

Terima kasih diatas bantuan pihak tuan/puan.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian,

Terima kasih

Yang benar,

Nama anda disini
XXXXXX-XX-XXXX
Alamat rumah yang lengkap
dengan poskod 
dan negeri
No. Tel.: 01X-XXXXXXX
_____________________________________

Tiru jer ayat saya ni, tak de hal, kenapa kena skema macam ni?. Sebab anda sedang tulis surat rasmi tapi dalam versi digital. Ada faham. Surat rasmi tetap surat rasmi, jaga adab formaliti, jangan malukan diri anda sendiri. Baru la yang tukang nak jawab tu rasa seronok jer. Hormat jer ayat anda dan direct to the point.

Subjek jangan lupa nak tulis.. nanti yang tukang jawab tu tak faham apa motif anda hantar email, anda jangan ingat email anda sorang jer diorang nak layan.. bila ada subjek tu cepat sikit diorang nak respon sebab dah faham apa motif email anda.

Lepas tu sapa-sapa yang ada guna Google Drive (yang ni saya dah kena tegur dengan IWK sebab diorang tak guna Google Email) - tengok gambar bawah:


Nampak tak yang gambar ikon Google Drive tu.. Jangan guna yang tu untuk attach file.. Guna yang gambar klip kertas tu..

Saya ni bajet sikit, mentang-mentang ada Google Drive, upload file kat situ pastu attach direct ke Google Drive. Skali dapat reply, hambik ko :

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada lampiran yang diterima.

Kerjasama puan untuk menghantar kembali dokumen amat dihargai."

Jadi buat macam saya suruh kat atas tadi tu yea.. belajar dari kesilapan saya..

Dah hantar.. tunggu je diorang balas.

Nanti dapat email macam ni:

Ops.. nampak plak ade hutang dengan IWK... hehehe..
Tak risau sbb I dah bayar okay.. guna M2U lagi.. (bajet tul saya ni kan)...

Dan siap.. tadaaaa.....

Tu jer... senang kan... semuanya dihujung jari... 

Comments

  1. wah..tq sis..haha, senang sikit..

    ReplyDelete
  2. Ribuan terima kasih atas perkongsian tersebut.

    ReplyDelete
  3. Thank you so much! It is really helpful.

    ReplyDelete
  4. terima kasih info. sangat membantu :)

    ReplyDelete
  5. Klo owner lame ad hutang mcm ne erkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya peguam dan owner lama kena settelkn hutang² ni sblum jual beli..dan kita kena tahu juga sblum mmbeli rumah..kita kena tanya peguam..bil² semua pjual lama dah settel belum..

      Delete
    2. Lawyer saya cap ayam .. mahal tapi keje tertangguh last2 kita yg kena kejar owner lama tetibe ghaib owner lama ...

      Delete
  6. Salam.

    Blog entry ini sangat membantu. Terima kasih. Moga terus murah rezeki

    ReplyDelete
  7. 1st time beli rumah, memang akan kena tipu jugak. Selepas 2 tahun datang bil dari IWK..jumlah 1st owner rm1.4k, 2nd owner rm1.2k. Bila rujuk dengan peguam, diaorg lepas tangan. Sia2 byar lowyer fee 6/7 ribu.. copy paste dokumen je bleh buat duit. Ada masalah tak nak tolong. Sekarang dalam proses buka akaun baru dengan pihak IWK atas nama saya.. harap2 semua berjalan dengan lancar. Blog tuan membantu.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bayar tak tunggakan tu, boleh ke direct dgn iwk utk pengurangan

      Delete
  8. terima kasih. Sgt membantu. Saya baru shj selesai pertukaran nama..

    ReplyDelete
  9. Thanks alot, banyak membantu nubis kubis mcm saya ni.. hehehehe

    ReplyDelete
  10. Tq tq tq...ur writing mmg membantu sangat untuk saya di saat ni.

    ReplyDelete
  11. Terima kadih. Sangat menbabtu.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih. Sangat membantu.

    ReplyDelete
  13. tq so much.. moga Allah kurniakan kesihatan yg baik kpd cikpuan dan sentiasa dlm rahmat kasih sayang Allah...aamiin

    ReplyDelete
  14. Thank you so much. Cara ni masih boleh diguna pakai.

    ReplyDelete
  15. Hi...maaf sy bertanya...mcm nk buat akaun IWK baru klu oner lama ada tunggakan...

    ReplyDelete
  16. Salam, nak tanya.Proses tukar nama tu lama x? dapat email balik setelah brapa hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya pun nak tahu. Dah sebulan lebih hantar masih tak dpt email dari indah water.

      Delete
  17. Salam. Macamana pula dengan rumah yang telah di lelong. Pembeli baru tak tukar nama dan pemilik rumah lama terima bill tunggakan? TQ

    ReplyDelete
  18. Terima kasih..sangat membantu

    ReplyDelete
  19. Sis, agak berapa lama akan dapat reply ye?

    ReplyDelete
  20. Info yg sgt berguna! Jazakallahu khairan kathira

    ReplyDelete
  21. terima kasih. sngat membantu.. inshallah.. bila kita mudahkan kerja org, allah akan mudahkan kerja kita.

    ReplyDelete
  22. Terima kasih atas penjelasan yang sangat jelas dan tepat.

    ReplyDelete
  23. Ribuan terima kasih untuk mudahkan kerja sy!

    ReplyDelete
  24. terima kasih atas bantuan diberi :)

    ReplyDelete
  25. terima kasih , banyak membantu

    ReplyDelete
  26. Nak tanya ..saya dah beli rumah SDH 9bbulan tp masih Blum tukar nama ...nasib saya penjual rumah rumah dah meninggal dunia..ape cara2 nak tukar nama atas nama saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. follow step kat atas awak. memang pembeli yang tukar nama sendiri untuk mana2 akaun utiliti dan juga cukai pintu

      Delete
  27. Terima kasih puan kerana membantu. Semoga dipermudahkan urusan Puan.

    ReplyDelete
  28. Tq awak...sangat - sangat membantu post awak ni..sebijik - sebijik ajar cara πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

    ReplyDelete
  29. HAI SELAMAT PAGI , I NAK TUKAR NAMA MCM MANA YA

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah jelas perkongsian ,mudah faham, ribuan terima kasih , sebab memang tengah nak urus tukar nama ni je , lain2 semua dah settle tinggal indah water ni je, sebab kene buat online kan

    ReplyDelete
  31. Thanks.. Seronok copy paste tak perasan pulak I bagi salam walaupun I non musim.. haha

    ReplyDelete
  32. Salam petang bro, perkongsian abang memang mudahkan kerja sy. tak perlula confuse nak buat macamana kan, just copy paste saja. TERIMA KASIH ye bro atas pertolongan anda.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum. Posting yg sgt2 membantu, Terima kasih!

    ReplyDelete
  34. Terima kasih bang. Semoga murah rezeki

    ReplyDelete
  35. Pemilik rumah lama ada tunggakan bill 2002-2006. Saya beli rumah selepas tahun 2015. Wajib ka saya bayar tunggakan tu?

    ReplyDelete
  36. Wahhh...Terima Kasih sangat2 utk info ini ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas