Taman Warisan Pertanian Presint 16, Putrajaya

Sedapnya...... sayangnya tak boleh diambil....

Disebabkan ada sorang kawan kami ni yang sanggup ambil cuti dan datang turun dari Utara semata-mata rindukan kami di sini.. Jadi kami pun susun la agenda 'Jalan-jalan'.. dan salah satu destinasi kami adalah membawanya melawat Taman Warisan Pertanian di Presint 16, Putrajaya.

Taman Warisan Pertanian ni terkenal dengan tempat makannya iaitu Penanggah.. Ramai orang datang sini  nak makan ikan bakar, sate Haji Samuri dan macam-macam lagi.. Nak naik ke taman ni kena lalui kawasan makanan Penanggah dahulu lepastu baru jumpa tangga untuk ke kaunter pintu masuk taman ni.. 

Bayaran untuk masuk dikenakan (maaf lupa pulak berapa RM)... begitu juga jika anda memilih untuk menaiki buggy seperti kami....Kami naik buggy sebab matahari dah terpacak kat atas kepala ni.. tak lalu la nak berjalan kan... lagi pun masa ni waktu petang selalu hujan.. 

Banyaknya pokok nenas.. musim buah memang lagi la terliur....

Pergh.. padi pun ada.. dah macam kat laman padi pulak.... lawa ni buat posing kawen..hehehe... tak payah pergi utara cari bendang dah... kuch kuch hota hai..

Cuba teka buah apa ini?...



Banyak betul buah mata kucing ni...tapi tak boleh petik banyak-banyak.. sekadar merasa satu dua biji sahaja... itupun dengan kebenaran...

Bagus datang sini.. ada macam-macam pokok.. pokok jambu air, pokok getah, pokok kelapa sawit, pokok kulit kayu manis, pelbagai jenis pokok kari, pokok koko, pokok durian... semua ni sangat bermanfaat bagi anak-anak sekarang supaya mereka dapat merasai dan lihat sendiri secara fizikal benda-benda macam ni.. Dinasihatkan datang pada musim buah.. baru budak-budak dapat lihat semua buah-buahan ini... sebab masa kami datang ni dah lepas musim buah jadi kami hanya dapat lihat buah-buahan yang tidak bermusim.. sob sob sob... melepas teman nak merasa deghoyan...

Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Putrajaya




P/S:
Jawapan gambar buah tadi: buah pokok kopi...

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas