Tentang cinta oleh Pahrol Mohd Juoi


Cover buku yang saya baca, buku ni sudah ada cover yang baru


"Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku, jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintai aku, dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu."

__________________________________________
Bab 1: Titanic yang tenggelam
"Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri...sebelum mencintai Allah"


Remaja masa kini terlalu asyik dan kemaruk dengan cinta, ada yang bermula seawal sekolah rendah ataupun menengah malah di usia pra-sekolah pun sudah ada..cinta monyet. Bagi yang di universiti, puncaknya adalah mempunyai seorang pasangan hati di sana, berkenalan dan terus 'couple' dengan pengharapan penghujungnya adalah nikah namun ada yang terkandas jua.

Cinta sememangnya asyik dan nikmat kerana ia adalah hadiah daripada Allah. Kita seringkali mengetepikan Allah kerana terlupa bahawa Dialah yang menitipkan rasa cinta pada pasangan kita, yang menimbulkan rasa rindu dan sayang, bukannya berpunca dari diri kita tetapi ALLAH!

__________________________________________
Bab 2: Salahkah bercinta?
"Fitrah memerlukan hidayah, jika tidak fitrah akan menjadi fitnah"

Ya memang cinta memabukkan, merindui suara yang tersayang, merindui betapa si dia mengambil berat tentang kita, dan mengetahui betapa kita dicintai dan disayangi oleh orang yang tersayang. Ada yang bercinta sehingga mengabaikan ibu bapa, menganggap mereka penghalang kepada 'cinta suci' mereka, akhirnya kahwin lari dan 2-3 tahun kemudian menyesal dan kembali mencari keluarga yang dibelakangkan selama ini.

Bercinta itu tidak salah, jika salah Allah tidak akan menciptakan perasaan itu kepada kita. Cinta ibu, cinta bapa, cinta pada haiwan, cinta pada anak-anak, cinta pada sahabat. cinta terlarang yang melanggar norma agama itu lah yang menukar fitrah kepada fitnah. Gunakan cinta kepada manusia itu untuk menggapai cinta ALLAH.

Cinta juga memerlukan kawalan dan peraturan. Kan Allah dah gariskan semua itu, tetapi akan kerana nafsu semua itu tolak ketepi. Akhirnya cinta itu bukan cinta sejati tetapi cinta buta yang akan makan hati. yela cintan cintun tapi akhirnya putus kerana si dia mahukan wanita yang belum disentuh atau mudah diajak keluar bila-bila.

__________________________________________
Bab 3: Cinta berperaturan
"Manusia akan bercinta lagi di Syurga-tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itu fitrah akan menjadi anugerah"

Peraturan:
1) Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah
2) Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar.
(no touching2, no cubit2 pipi, lengan or peha okay..no naik moto berdua2, no pegang2, no peluk2 or kiss2 pipi and no salam tangan+cium skali)

__________________________________________
Bab 4: Nak ber'couple' boleh tapi...

Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan sidia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.

Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqaddimah' zina.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan...dot dot.

Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Sudah 'lepas' ilmu fardhu Ain, dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..
Masih kandas ilmu fardhu Ain. Mengaji Al-Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan...

Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenar

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang...aduhai
__________________________________________
Bab 5: Cinta VS CINTA

"Bukan masalah gagal bercinta, tetapi gagal mengenal cinta!"

Cinta ini bukan diukur menurut pandangan mata kepala, tetapi mengikut pandangan matahati. Cinta itu datang dari Allah dan diberi sebagai bekal untuk mendapat kecintaan Allah.

Menurut Imam Ghazali (rhm), berdasarkan sebab-sebab timbulnya cinta, berikut adalah beberapa jenis cinta yang sewajarnya 'pulang' kepada Pencipta cinta-Allah:
1) Cinta kepada kesempurnaan dan kekekalan diri
2) Cinta kepada sesiapa yang berbudi
3) Cinta kepada seseorang budiman walaupun budinya tidak dirasai
4) Cinta kepada sesuatu yang indah

dan lain-lain:

Bab 6: Cinta tanpa perantara
Bab 7: Hubaya-hubaya cinta 'pra-baligh'
Bab 8: Sirna cita-cita dek kelam cinta
Bab 9: Cinta, tudung dan...
Bab 10: Cari yang cantik
Bab 11: Siapa soleh dapat solehah
Bab 12: Cepat kahwin!
Bab 13: Perigi cari timba pun OK!
Bab 14: Cinta indah selepas nikah
Bab 15: Cinta mesti ada 'class'
Bab 16: Ubat 'frust' cinta
Bab 17: Cintailah CINTA
Bab 18: Putus cinta kerana CINTA


Jadi beli buku ini untuk mengetahui lebih lanjut okay...

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas