Stesen Keretapi Ipoh
Memang cantik kan Stesen Keretapi Ipoh ni?..
Tiket tren... sebelum naik
Dalam tren... dan tiket dah kena cop...
1) Platinum RM 45.00 (dewasa); tempoh perjalanan 2 jam
2) Gold RM 35.00 (dewasa); tempoh perjalanan 2 jam 15 minit
3) Silver RM 25.00 (dewasa); tempoh perjalanan 2 jam 30 minit
Nampak tak beza ketiga-tiga tu?... nak cepat amek Platinum, sebab trip tu memang terus ke Ipoh, tak de singgah mana-mana stesen dah.
Yang Gold dan Silver ada singgah stesen-stesen lain cuma yang beza dua ni jumlah stesen. Silver singgah paling banyak stesen dari Gold. Tapi baik naik Silver, murah pun. Tak kisah la singgah-singgah ni, janji senang.
Sepanjang perjalanan tak terasa tren sesak pun, selesa sangat-sangat. Kerusi pun best boleh adjust2. orang depan kalau adjust seat pun tak ganggu bahagian kita.
Gold dan Platinum ada WiFi, tapi tak cuba lagi sebab sepanjang perjalanan asyik tido jer.. hahaha..
Memang lagi seronok balik naik kereta tapi apa nak buat rumah atuk dan opah tak cukup tempat letak kereta, kang banyak2 jenuh nak alih kereta.
Jadual Tren Ke Utara:
Jadual Tren Ke Selatan:
Untuk maklumat lanjut:
Laman Web ETS
Comments
Post a Comment