Pustakawan 5: Buku dan Pustakawan


 Lalalala.....


Stereotaip orang ramai terhadap kerjaya pustakawan adalah:

1) Susun-susun buku
2) Buku selalu hilang/tak teratur
4) Buku-buku lama dan berhabuk
5) Tidak buat kerja / ini adalah pekerjaan yang paling mudah

Padahal realitinya:
1) Buku selalu hilang disebabkan pengguna yang sesuka hati mengalih kedudukan buku ke rak lain, mana la pustakawan tu nak tau, bukannya rak tu boleh berbunyi pun bagitahu "Tolong..tolong.. ada buku salah letak ni!!!"... tak pun..rak tu cakap "Maaf, sila letak buku ini ditempat asalnya, terima kasih..." ha amek.. ade?.. jangan harap la.. jurutera kat Malaysia ni banyak nak reka benda-benda lain, tapi susah nak jumpa jurutera yang nak membantu menaiktarafkan perpustakaan dengan kemudahan teknologi yang murah dan terkini. Yang tahu, komplen perpustakaan dah kuno, buruk dan lama serta tak segah Google. ceh!.

cakap pasal teknologi.. Ada ke Malaysia berebut-rebut nak reka teknologi yang membantu urusan perpustakaan dalam penyimpanan buku mahupun sistem untuk rekodkan buku, yang tahu guna teknologi luar, dah la mahal pastu tiap-tiap tahun bajet semakin berkurang.. apa cite?..

Tau pulak komplen online database tak leh akses, ingat murah ke langgan online database tu?..
-+-+

2) Buku-buku lama tak semuanya boleh diganti dengan yang baru ataupun dikeluarkan dari rak kerana kadang-kala ada segelintir pengguna masih ingin menggunakan buku tersebut, walaupun mereka hanyalah kategori minoriti tetapi jika ilmu dalam buku itu masih boleh digunakan buat apa ia dikeluarkan...terutama buat pengguna yang ingin membuat kajian berdasarkan rujukan buku lama.. kalau dah buang mana nak cari..?

Bila pustakawan terpaksa pergi ke perpustakaan lain untuk pinjam buku tu yang selalu orang kata kerja pustakawan ni mudah dan senang jer... banyak la mudah, jika pengguna tak pulang, pustakawan pulak yang kena ganti...
Ada jugak manusia ni.. Dah buku orang bagi, tak reti nak pulang balik, buat jadi harta persendirian berhad la pulak. Kemudian komen beli buku sikit.. ce pikir, tak kan la satu buku tu kena ada 2-3 copy, baik beli buku tajuk lain kan lagi bagus. tak membazir..
-+-+

3) Buku-buku kenalah disusun cantik dan rapi agar memudahkan proses pencarian buku oleh pengguna, pengguna pun rasa selesa. Kan?.. Memang satu kepuasan bila melihat buku-buku yang telah disusun itu dalam keadaan yang rapi, tetapi boleh jadi hangin satu badan bila pengguna sesuka hati mengecah buku-buku tu, memang menyirap darah.. Ingat senang ke nak susun buku tu?.. Banyak kesabaran diperlukan tau tak..

Ce bayangkan.... kononnya nak susun buku yang paling sikit la dalam troli (wat amek mood baik pagi-pagi kan)... contohnya buku agama la yang nak disusun...Ada la dalam 5 buku agama tu... dok elok-elok tengah susun, ternampak buku pengurusan pejabat, buku masakan, novel melayu terselit di situ... plus ada 2-3 buku agama yang tak betul kedudukan call numbernya.... apa rasa... tu baru satu rak... belum lagi rak-rak buku lain... mau jadi angin puting beliung tau tak..

Hai.. jumpa malaun yang wat macam tu mau hidup-hidup kena ngap!..

Apa-apa pun saya berbangga menjadi pustakawan... bangga dikelilingi dengan ilmu pengetahuan...

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas