Hingga Akhir Nanti...


Tengah seronok-seronok men'download' wallpaper tiba-tiba nampak gambar yang kat atas. Tup!, ayat yang terlintas di kepala adalah 'Hingga Akhir Nanti' + lagu kumpulan Alleycats pun tergiang di telinga.. Cewah!..

Lirik lagu Alleycats:
Hingga akhir nanti
Kau tetap jadi pujaan walau seribu tahun
Walau seribu zaman kutetap menanti

Hingga akhir nanti kau saja idaman hati
Segala rasa cinta segala rasa sayang
Hanyalah untukmu
Hingga akhir nanti

Bulan tak kan terang tanpa seri wajahmu
Hati tak kan tenang tanpa kehadiranmu
Rindu dalam sepi rindu dalam mimpi
Kutetap menanti
Hingga akhir nanti

Datanglah kekasih datanglah kepadaku
Kesetiaan diriku janganlah kau ragu
Betapa ku kasih betapa kurindu
Seandainya kau tahu benarnya cintaku...


Pergh.. mudah-mudahan jika kahwin nanti nak jadi macam atuk dan opah yang kat gambar atas tu.. bercinta sampai ke tua.. cakap pasal cinta sampai ke tua ni.. Nak cerita la pasal kisah cinta opah dan atuk saya..

Walaupun opah dah 70 tahun dan atuk dah 72 tahun, cinta mereka sentiasa mekar. Dulu masa muda-muda, atuk dan opah kahwin dirancang oleh keluarga masing-masing, nak kata pergi dating jangan haraplah, cuma dapat tengok ikut gambar je. Kalau tengok gambar opah masa muda-mudi dulu, mak oiii.... pinggang macam kerengga! pergh!.. ade orang macam tu skang.. ade?.. tak de dah.. Atuk pun hensem gak... memang padan sangat la dengan opah. Jodoh.. jodoh..

Biasa la, mana ada rumahtangga tak bergoyang tak diuji kan?.. Pelbagai masalah dari anak satu sampai anak ke tujuh dilalui bersama. Anak ke tujuh, Allah simpan.

Tu cerita masa muda dan masa anak tengah kecik lagi.. sekarang sume anak-anak opah dan atuk dah besar, anak yang keenam je tak kahwin-kahwin lagi.. Cucu dah 15 orang...

Atuk pandai memasak, pandai bertukang, pandai repair rumah sendiri, rajin pergi pasar (expert bab-bab harga barang lagi tau!), pandai buat lawak (opah memang slalu jadi mangsa buli lawak atuk, kadang-kadang cucu-cucu dia jugak kena tempias lawak tu). Nak tau salah satu lawak atuk?.

Satu hari ni, opah tengah tidur di bilik pengantin. (Bilik tu panggil bilik pengantin sebab tiap kali majis perkahwinan, bilik tu akan dijadikan bilik pengantin.). Trend atuk dan opah mesti tidur lepas solat zuhur, waktu rehat mereka. Dalam kul 5 petang, kami yang cucu-cucu nie dok layan la tv kat ruang tamu yang betul-betul bersebelahan dengan bilik pengantin tu. Atuk baru bangun tidur terus pergi kejutkan opah yang sedang lena tidur.

Atuk: Assalamualaikum Su, ooo su oii.. bangunlah...
Opah: hurm...
Atuk: Dah la tu, bangun la...
Opah: Dah subuh ke?..

Atuk terus keluar berdiri depan pintu bilik pengantin. Sambil memandang kami...

Atuk: Ce kome tengok opah kome nie, ade ke patut atuk kejut dia bangun, dia boleh tanya atuk dah subuh ke tak?.
Cucu-cucu yang tak bersalah: hahahaha... opah mamai la tu kot, atuk..
Atuk: (cakap dengan cucu kerana sengaja nak buat opah marah) Cuba tengok cara opah kamu tido tu, dah macam biawak yang kenyang dan tengah bersidai kat tepi lombong tu ha..

Opah apa lagi, bingkas bangun dari katil geram dengar atuk cakap cam tu.
Opah: Ape mike kate td?.. lesing skali kang!

Opah cuba lesing atuk dan atuk berjaya mengelak!

Atuk: (dengan nada sedih dan sayu) Ce tengok opah kamu tu.. tengok!, ade ke patut nak lesing atuk..
Opah: Dah mike kata teman macam biawak, ade ke patut!..

Opah geram.

Hahahaha.. kami sebagai cucu-cucu memang dah arif bebenor dengan pek-el atuk dan opah.. bese dah..
Satu lagi perangai atuk, dia suka sangat bercerita, kat siapa-siapa saja. Ntah betul ke tak cerita tu, Opah je tau. Kalau opah mencelah "Dengar la sangat cerita atuk kome tu...", tu tandanya atuk kelentong... Atuk kalau kantoi dengan opah, tersenyum-senyum dan gelak je.. pastu mula la pertahankan diri "Betul, opah kome mane tau..". Sah! atuk dah terkantoi...

(^_^)

Opah pula lagi terrer dalam bab memasak. Rendang dan sup tulang opah adalah masakan yang paling best dan tak sama kat mana-mana.. slurp.. kecur lidah ingat dua benda tu.. selain itu opah pandai buat baju, repair  baju (dah tentu la kena repair baju atuk kan.) mau tak nye, atuk badan besar dan tinggi cam orang pakistan, kena la repair sikit, kang tak muat pulak, tambah-tambah lagi belah depan tu a.k.a perut.. hahaha->teruk punya cucu.. hehe..

Katakanlah ada anak-anak atuk dan opah ajak datang rumah kat Selangor ni kan, selalunya opah je yang pergi, atuk tak dapat pergi sebab kena jaga rumah, sebabnya kat kampung kt Ipoh nie banyak kes pecah rumah. Susah sangat nak ajak atuk turun Selangor. Masa ni lah atuk dan opah jadi macam orang baru bercinta.

Baru sampai Selangor je opah akan mula telefon.
Opah: Teman dah sampai dah ni ha.. mike buat apa tu?
Atuk: Rehat-rehat.. Dah solat?
Opah: Dah, tadi makan kat luar, adik bawak pergi makan. Mike tengok cerita ape?, makan ape?
Atuk: Ntah TV1 nie ha.. (mula untuk mengenekan opah) Teman suruh bibik baru masak, tadi baru amek kat agensi pembantu rumah, nak buat macam mana, bibik kat rumah nie dah cabut pergi Selangor.. (padahal beli makanan kt pasar malam je)
Opah: Bibik tak larat, asyik-asyik wat itu wat ini, bibik mahu rehat..
Atuk: oo.. bibik je la tau rehat, tido kat rumah pun tak cukup-cukup lagi rehat..
Opah: Tak.. sekali-sekala nak jugak bibik pergi makan angin..

dll... opah dan atuk memang.. ade je point nak bertekak...

Kang sebelum tido, telefon lagi... Kadang-kadang dalam sehari 4-5 kali dok menelefon, bergayut mengalahkan orang bercinta..

Itulah kisah opah dan atuk saya, mudah-mudahan jodoh saya akan kekal sebagaimana perkahwinan opah dan atuk yang kekal sehingga sama-sama meniti usia tua..."Hingga Akhir Nanti".

Sungguh, perkahwinan opah dan atuk adalah sumber inspirasi saya..

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas