Bubble Tea

Variasi Bubble tea

Sekarang ini, minuman bubble tea menjadi suatu fenomena, sudah ada banyak kedai yang menawarkan minuman jenis ini.

Minum je tahu, tapi tahukah dari mana bubble tea itu berasal?... bola yang kecik-kecik tu diperbuat dari apa?.. ha, ni memang bahaya, jangan tahu minum sahaja tapi tak nak tahu asal usul dia, kang jadi pape kan bahaya, al-maklumlah dunia sekarang nie banyak kes tak halal.. apa-apa pun bubble tea memang halal.. ok.

Mula-mula adalah sesi perkenalan bubble tea..


Menurut Wikipedia.org, bubble tea adalah nama bagi pearl milk tea yang berasal dari kedai-kedai teh di bandar Taichung, Taiwan pada 1980-an.. wa.. lama juga benda ni dah wujud ek…

Resipi minuman mungkin berbeza, tetapi kebanyakan bubble tea mengandungi teh yang dicampurkan dengan buah-buahan (atau sirap buah-buahan) dan/atau susu. Terdapat juga dalam versi ice-blended.

Kedai Coolblog kat Giant Stadium Shah Alam

Salah satu kategori bubble tea yang terkenal adalah pearl milk tea juga dikenali sebagai boba milk tea di Amerika.

Ok, sekarang adalah masa untuk mengetahui dari manakah asal bola-bola kecil yang digunakan dalam bubble tea..

Setiap bubble tea mengandungi bola-bola kecil yang kenyal yang diperbuat daripada kanji ubi kayu. Jadi, bola-bola ini dipanggil sebagai pearls dalam bahasa cina ataupun ‘mutiara’ dalam Bahasa Melayu. Makna lain bagi “mutiara’ ini yang diperbuat daripada kanji ubi kayu adalah tapioca (Bahasa Inggeris) dan ada juga yang mengelarnya sebagai boba.

Fakta nutrisi mengenai ‘mutiara’:
Ubi kayu mengandugi lebih banyak karbohidrat, dalam setiap cawan bergantung kepada jumlah kuantiti yang diletakkan akan mengandungi 135 gram bersamaan 544 kalori, rendah lemak tepu. kolesterol dan natrium. Vitamin B9, folat hadir dalam jumlah sebanyak 6.1 mcg, bersama-sama dengan besi 2.4 mg dan kalsium 30.4 mg.

Cara membuat Tapioca pearls/boba/'mutiara':


Sumber:

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas