Majlis Makan Malam

3 hari yang lepas (selasa) ada majlis makan malam organisasi tempat saya kerja.. tak leh join sebab bukan staf tetap.

Tetibe je teringat dinner yang pernah saya join masa diploma dulu...dinner yang paling best sekali.

=Majlis Anugerah Kecemerlangan=

Walaupun bukan antara golongan yang cemerlang dalam akademik dan terbilang dalam kokurikulum, tapi sebagai salah seorang tulang belakang persatuan saya dipelawa untuk menyertai dinner terbabit. Alhamdulillah, ada la jugak peluang lagi nak makan kat hotel.. haha.. ye la bukan senang nak makan kat hotel.. dah universiti tanggung dan orang da offer, apa lagi.. rezeki jangan ditolak..


senarai menu yang dihidangkan.. memang syok..






Lapar sangat dah masa nie dan shoot gambar ikan yang dah licin-lincau je..

Apatah lagi gambar shark fin soup... baru je mangkuk hidangan sampai... cepat je kena serbu... tak dan nak amek gambar dulu... huhuhu...

Hidangan terakhir:

chilled longans with honey coconut...




Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas