Posts

Showing posts from March, 2021

Wordless Wednesday #7

Image
  Komen kek tak sedap la, senang buat la, bahan murah la, harga yahudi la... ha amek.. bila dapat peluang berguru buat kek, tau berpeluh ketiak dan renyah dah buat kek sendiri walau sebiji je. Ni la satu-satunya kek buat sendiri paling menjadi cukup sifat, cantik rupa, rasa sedap dan rupa macam kedai. Lepas tu kek dah tak ada rupa cuma tinggal rasa sedap dan selamat untuk dimakan.. hahahahaha....

Sudu sukat susu pun boleh jual?

Image
Ni sukat susu yang dah guna.. buat modal gambar je..  Kann.. sukat susu tepung budak je pun..  Sebulan sampai 2 kotak susu beli. Setiap kotak dapat percuma satu penyukat susu tu, elok dalam pek plastik lagi. Jadi saya simpan penyukat tu dulu. Tau-tau dah ada 9 penyukat. Apa lagi, saja letak dalam Shopee. Beberapa hari kemudian ada masuk pesanan orang beli penyukat ni. Laku terus 9 penyukat tu 🤭. Rezeki sungguh.. Alhamdulillah... Jual murah-murah je. sebab penyukat tu pun dapat percuma kan. Tak nak jual mahal, nanti tak dapat dah penyukat ni nanti 😁 Dapat pesanan kita bungkus penyukat tu siap-siap. Susun dalam kotak dan letak bubble wrap  lagi.  Kotak dan bubble wrap  tu guna kitar semula je, beli barang kat Shopee kadang-kadang kan dapat, jadi saya simpan elok-elok boleh guna balik. Siap pek dan letak nota consignment.. boleh drop-off  dekat Kurier yang pembeli dah pilih.. Taraa.. siap.. maaf la ...

Wordless Wednesday #6

Image
Kat ni pun sama, penakut nak naik gondola.. Tapi tak aci, 2-3 tahun lepas kami sampai sini, rancangan realiti Korea RunningMan  datang kesini dan tau-tau ada tali keselamatan pulak. Biasa tau... Pergi sini dengan sewa motor je dan berpandukan GPS, memang kental kami berdua masa tu. Gigih nak bercuti ala penduduk tempatan dan berjimat punya pasal. Tapi inilah kenangan yang paling menyeronokkan.. Gambar Lokasi: Pantai Timang, Yogyakarta, Indonesia

Wordless Wednesday #5

Image
  Drama Korea kegilaan tahun 2017. Goblin atau dikenali sebagai Guardian: The Lonely and Great God dibintangi oleh barisan pelakon Gong Yoo, Kim Go-Eun serta Lee Dong-Wook. Lagu OST padu, cinematic shot  memang mengkagumkan. Setiap espisod dah macam movie .  Drama ni meletakkan garisan piawaian kualiti untuk drama paling tinggi yang pernah ditayangkan. Berbaloi untuk ditonton terutama pelajar TEKA @ FiTA, UiTM. Kalau untuk Malaysia saya cadang Ejen Ali.. apa pandangan anda?

Daftar vaksin untuk Warga Emas

Image
Tak tahu macam mana nak tolong warga emas yang tak ada MySejahtera untuk daftar vaksin? Jangan risau Kerajaan ada sediakan saluran pendaftaran manual untuk warga emas ini. Saya pun guna laman web ini untuk daftarkan atok dan opah. Klik sini untuk ke laman daftar covid. Tekan 'Daftar Sekarang'  Kemudian dapat lihat: Ada 3 pilihan untuk mendaftar: Pilih pilihan nombor 2 untuk daftarkan warga emas.. isikan maklumat yang diminta. Masa saya isikan borang ni, atok tunggu ditalian. Masa ni la baru tahu atok dah 81 tahun dan opah 79 tahun.. 😱🤯 uzur sangat dah atok opah.. Memandangkan atok ada telefon bimbit, jadi masa isi borang tu saya letak nombor telefon atok. Nanti maklumat pengesahan mengunakan SMS akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan. Siap.. tunggu pengesahan je sekarang ni..

Wordless Wednesday #4

Image
  Penakut yakmat nak bergambar dekat platform tu. berpeluh badan dan kaki, lutut toksah kata la.. longgar terus. Konon bergambar ala instafemes tu, akhirnya ala kadar je la. Gambar lokasi: Wisata Alam Kalibiru, Jogyakarta, Indonesia

Wordless Wednesday #3

Image
Pemandangan ala resort di pagi hari yang tenang dan damai. Kelihatan bukit yang berkabus tipis dan udara yang sejuk lagi menyamankan. kenangan disini mendewasakan diri.  Rumah berteduh bermula dari berdua kepada berempat. Akhirnya akan ditinggalkan tidak lama lagi. Apakah perubahan akan berlaku disini selepas 5 tahun nanti.