Posts

Showing posts from May, 2017

Thailand Cher-aim

Image
Bos saya tiap-tiap kali cuti panjang mesti dia pergi rumah dia kat Thailand. Dia ada 2 rumah: satu kat Petaling Jaya dan satu lagi kat Thailand. Thailand dekat mana, tak pasti. Sebab tu, entah macam mana boleh pulak dia belikan kami ole-ole seperti gambar kat atas tu. Yang dalam botol tu, bau dia macam Vick's tapi terselit bau kapur barus sikit. Siapa yang suka Vick's tu suka la kot. Kuat bau dia, memang power . Tapi yang dalam bentuk uncang beg tu. Mula-mula saya tak tahu apa kandungannya, sebab rupanya serbuk warna putih dan serbuk tu dipadatkan dalam plastik putih. Saya pun kerat la kepala plastik tu. Bau dia macam Vick's sikit, masa tu la, saya bau macam tu. Disebabkan dia uncang, jadi saya ingat nak letak la kat dalam almari baju saya, ala, saya ingat dia berfungsi macam ubat gegat tu. Beberapa hari kemudian... Tengah syok rilek-rilek depan TV. "Ayang.. meh sini ikut abang jap.." suami tarik tangan saya, dan saya mengikutinya. Kami m...

Apa itu Paedophilia (UK) / Pedophilia (US) ? - Siri Akhir

Image
Akhirnya.. usul telah berjaya dibentangkan dan dilaksanakan pindaan. Dengan ini dengan berkuat-kuasa akta ini dapat membanteras dan mengekang masalah sosial pedofilia ini yang semakin berkembang di negara kita. Saya mengikuti perkembangan setiap langkah R.AGE yang berusaha menyedarkan dan mengusulkan draf pindaan rang ini.  Laman web R.AGE Akta Kanak-kanak Pindaan 2016 < klik sini untuk baca > Nak lihat apa usaha yang mereka telah lakukan?..   baca sini  (laman web soscili.my) " R.AGE telah dinobatkan sebagai kumpulan wartawan muda terbaik di dunia oleh World Association News­papers and News Publishers" Sumber: TheVocket P/S: Sengaja malas nak taip.. bagi link  baca sendiri.. baru faham.. membaca jambatan ilmu.. fakta yang dibaca dari sumber asal lagi best  nak baca... suka baca laman TheVocket , Soscili.my dan Cilisos.my  (Cilisos kena tapis kat opis, tak boleh baca..😢)

DIY Hadiah Graduasi - Murah

Image
Siapa kata hadiah graduasi kena jambangan bunga dan patung beruang sahaja?. Ni versi jimat. 💝 Bahan-bahan yang diperlukan: Mesin Pencetak Kertas A4 Manila kad warna hitam Tali / getah Gunting Gam UHU Salotape Balang kecil (bekas pes Tomyam Adabi) Cara-cara: 1) Cetak di atas kertas A4. Pastikan setting  mesin pencetak anda adalah saiz A4. Klik sini untuk muat turun Idea asal dari:  http://blog.consumercrafts.com/seasonal/summer-projects-seasonal/congrats-grad-printable/ 2) Gunting ' Congrats Grad ' yang kecil tu dulu.. satu letak dalam balang kaca kecil. Kemudian masukkan gula-gula dalam balang. Untuk buat yang bahagian tudung balang tu saya ikut arahan dalam laman web ini:  https://blog.onlinelabels.com/2015/05/05/diy-graduation-jar-gifts-favors/ Itu je cara-caranya.. padankan dan suaikan ikut selera dan barang yang kita ada. Nak lagi contoh lain boleh je Google guna kata kunci : DIY Graduation Candy Jar Say...