Posts

Showing posts from September, 2016

Anak Siri 2: Kisah kehamilan dan keguguran Trimester 1

Image
Pada asalnya kami macam nak merancang anak. Mungkin kerana perasaan berdebar dan gemuruh agaknya. Kemudian kami tukar rancangan: asal ada - Ada, tidak ada - Tak mengapa. 26.04.2016 (Selasa) Agak sedih jugak la.. kali pertama haid lambat sangat.. kitaran paling lambat 43 hari.. 29.04.2016 haid akhirnya datang. Jumlah kitaran haid ini saya dapat tahu melalui aplikasi  Period Tracker yang saya muat turun di telefon bimbit . Aplikasi ini juga menyimpan rekod purata kitaran haid kita.  Sebelum ini saya tulis di kalendar biasa sahaja, timbul masalah bila saya mahu merujuk kalendar tersebut disebabkan 'lupa nak bawak dan tertinggal'. Geram sangat, terus cari aplikasi yang sesuai dan terjumpalah aplikasi ini. Percuma sahaja, cuma bila mengandung kita boleh beli yang versi Premium (jika mahu), saya tak beli pun masa mengandung lepas, muat turun aplikasi yang berasingan je. Setiap data yang diberikan oleh aplikasi ini: Fertile, Ovulation, Predicted Period ...

Anak Siri 1: Buat Anak Ibu dan Abah Yang Allah Sayangi

Image
Buat anak ibu dan abah yang genap 6 hari tiada bersama ibu dan abah di dunia ini. Ibu dan abah redha dengan ketentuan Allah, coretan ini cuma disebabkan ibu rindukan baby sahaja. Maafkan ibu dan abah, kami tidak sedar baby dah lama tiada tapi masih kekal dalam rahim ibu buat 1 bulan lagi yang terakhir sebelum baby  keluar secara normal dari rahim ibu. Syukur kepada Allah, nikmat 3 bulan mengandungkan cinta kami dan nikmat berpeluang merasai kesakitan bersalin normal diberikan kepadaku. Syukur Allah tunaikan hajat ibu untuk lahirkan baby  secara sempurna. Dapat ibu simpan kenangan terindah ini selamanya. InsyaAllah ibu dan abah akan jaga adik-adik baby yang seterusnya dengan sebaiknya (dengan izin Allah).  Sayang rindu buat si comel baby ibu dan abah.