Anak Siri 2: Kisah kehamilan dan keguguran Trimester 1




Pada asalnya kami macam nak merancang anak. Mungkin kerana perasaan berdebar dan gemuruh agaknya. Kemudian kami tukar rancangan: asal ada - Ada, tidak ada - Tak mengapa.


26.04.2016 (Selasa)
Agak sedih jugak la.. kali pertama haid lambat sangat.. kitaran paling lambat 43 hari.. 29.04.2016 haid akhirnya datang. Jumlah kitaran haid ini saya dapat tahu melalui aplikasi Period Tracker yang saya muat turun di telefon bimbit. Aplikasi ini juga menyimpan rekod purata kitaran haid kita. 

Sebelum ini saya tulis di kalendar biasa sahaja, timbul masalah bila saya mahu merujuk kalendar tersebut disebabkan 'lupa nak bawak dan tertinggal'. Geram sangat, terus cari aplikasi yang sesuai dan terjumpalah aplikasi ini. Percuma sahaja, cuma bila mengandung kita boleh beli yang versi Premium (jika mahu), saya tak beli pun masa mengandung lepas, muat turun aplikasi yang berasingan je.

Setiap data yang diberikan oleh aplikasi ini: Fertile, Ovulation, Predicted Period adalah berdasarkan anggaran semata-mata, saya tak ikut sangat. Saya suka kemaskini data haid dalam aplikasi ini. Senang untuk digunakan dan bila-bila masa boleh dirujuk.

Aplikasi Percuma Period Tracker



15.07.2016 (Jumaat) 
Sejak nak masuk raya puasa ni rasa semacam jer.. patutlah.. Alhamdulillah.. berdebar jugak sebab banyak benda tak tahu pasal mengandung ni. Pelik jugak dengan perubahan badan sendiri. Lama-lama jadi biasa dan seronok pulak. 

Masa ni tak sangka sebab seronok sangat, kali pertama dalam hidup, kena ganti puasa sehari je. Fokus sangat kat puasa. Tup-tup tengok Period Tracker, haid terakhir haid 31.05.2016. Ikut kiraan kitaran haid, ni dah masuk 46 hari. Pecah rekod lambat 43 hari yang dulu tu. Rupanya ada baby.

Lepas tu ada pergi Klinik An-Nur Putrajaya, tapi tak scan sebab masa tu:
1. Kewangan tipis
2. Harap scan percuma di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA)
3. Baby baru 6 minggu

Genap 8 minggu, pergi KKIA buat buku merah, tapi tak dapat scan jugak. Jururawat cakap nanti 12 minggu baru boleh scan. Balik dari KKIA nak singgah klinik swasta buat scan tapi suami cakap sabar, tunggu je la 12 minggu tu. Ikut je la. 

Kun fa yakun, kehendak Allah, Dia lebih mengetahui segala-galanya. Dia sebaik-baik perancang. Dia lebih Mengetahui. 

Sepanjang 8-11 minggu tu dah mula jaga makan. Baca doa, baca surah terpilih untuk ibu mengandung (boleh Google). Siap muat turun surah terpilih dan dengar bila-bila masa dan bagi baby dengar sekali.




03.09.2016 (Sabtu)
Masa ni kawan suami ada kenduri kahwin kat Wangsa Maju, dekat sangat dengan rumah Mak Yang. Tiba-tiba muncul tanda haid. Dalam hati risau tapi InsyaAllah, mungkin sekadar tanda sahaja. 

Dalam perjalanan balik dari kenduri tu, kereta termasuk dalam lubang. MasyaAllah, sakitnya perut. Terasa macam ada benda bergoncang kuat kat perut. Macam nak beranak pun ada. Tegur suami: "Bawak la perlahan-lahan, sakit masa kereta masuk lubang tadi".

Kun fa yakun. 

Sakit tadi dah berkurang, cuma ada sakit ringan-ringan je. Biasa la orang mengandung, bayi nak membesar, kadang-kadang ada light cramp.

Sebelum tidur, ada lagi tanda haid muncul, cakap dengan baby: "be strong" sambil usap perut dan berdoa.


04.09.2016 (Ahad)
Keluar sedikit darah macam haid. Telefon Anyah, dia pesan terus pergi Klinik An-Nur, Putrajaya.
Dapat buat scan, dapat tengok baby kali pertama. 
Seronok... 
Tapi...

Doktor kata : Keguguran
Gugur jantung masa ni.
Sebab 1: Tiada denyut jantung
Sebab 2: Ukuran bayi dalam scan baru 8 minggu++

Doktor tak boleh nak buat penilaian lain sebab tak ada bukti scan sebelum ini. Doktor buat surat rujukan pergi hospital untuk penilaian lebih lanjut.

Surat rujukan dan gambar scan di Klinik An-Nur

Memandangkan hari Ahad, pergi la ke Kecemasan Hospital Putrajaya, tanya jururawat kat situ, dia kata kena pergi ke Wad Bersalin di bangunan sebelah.

Sampai di Wad Bersalin, jururawat bawa surat rujukan jumpa doktor, dan doktor arahkan pergi ke Hospital Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8 disebabkan kandungan Trimester 1.

Mujur suami tahu lokasi Hospital Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8 tu. Jumpa doktor dan buat scan lagi sekali. Masih lagi jawapan yang sama: Keguguran

Gambar scan di Hospital Presint 8

Tapi doktor hospital bagi tempoh seminggu untuk pantau. Mana tahu, keajaiban atau kesilapan kiraan umur baby tu. Tarikh temujanji: 09.09.2016

Doktor pesan:
Darah penuh 1-2 pad dalam sejam terus datang Hospital Presint 8.

Kun fa yakun.

Balik rumah, rehat, doa dan tawakal.


07.09.2016 (Rabu)
Dari pagi dah mula rasa sakit macam senggugut. Makin lama makin kerap pulak. Mula-mula selang 2-3 jam sekali. Semakin hampir untuk waktu balik kerja, 4.15 petang semakin menjadi-jadi kerapnya.

Dalam hati "ini ke rasanya sakit nak bersalin?"

Cepat-cepat tepis andaian negatif. Berdoa dan berharap untuk keajaiban.

Habis waktu kerja, telefon suami, mohon izin ke hospital untuk dapatkan kepastian. Tapi doktor tak ada. Suami suruh pergi rumah Along atau Anyah, tunggu dia balik kerja sebelum pergi lagi sekali ke Hospital. 
Telefon Kak Huda (isteri Along) - tak berjawab. 
Telefon Anyah - dapat.

Menangis dah masa ni sebab tahan sakit senggugut @ sakit nak bersalin. Anyah pujuk datang ke Klinik An-Nur sebab pejabat dia belakang klinik tersebut. Jumpa Anyah kat Klinik, buat scan lagi sekali, jawapan sama dan doktor cadangkan cuci rahim di hospital nanti.

Tinggal kereta di Klinik dan balik dengan Anyah. 

Rehat dan tunggu suami.

Doa agar dipermudahkan urusan.
Doa agar baby dapat diselamatkan.
Doa agar diberi kekuatan untuk hadapi kesakitan.

Anyah terus pinjamkan beberapa barang persiapan bersalin: stokin tebal, kain batik, baju lengan panjang, sweater, tuala, botol air masak, tudung instant dan tuala wanita.

8.30 malam, suami balik kerja terus ke hospital (suami naik skuter saya). Abang Ikmal (suami Anyah) tolong hantarkan ke hospital. Terus tunggu nak jumpa doktor. Rupa-rupanya petang tadi sebaik saya keluar dari hospital, doktor dah sampai, tapi masa tu saya dah masuk dalam kereta.  

Dapat jumpa doktor, saya jelaskan tujuan datang dan ceritakan hal sengugut itu dan mohon dimasukkan kedalam wad sebab esok suami bekerja dan tiada orang yang boleh hantar ke hospital jika apa-apa terjadi.

Doktor scan lagi baby
Keputusan: Gugur dan baby dah tak hidup lagi..

Allahu...

Doktor setuju dan turut memberikan saya kebenaran untuk diberikan ubat tahan sakit (cucuk) sebelum saya tidur nanti.

Masa saya berjumpa doktor ni, suami tak boleh masuk sebab ada pesakit lain. Semua suami kena tunggu luar. Jadi suami saya ambil kesempatan itu pergi mengambil kereta bersama Abang Ikhmal.

Suami dapat masuk hantar saya ke wad 1 masa tu. Dapat la dia temankan saya sekejap dalam 1 jam. Kami menangis sama-sama dan yakinkan diri masing-masing dengan ketentuan Allah. Suami mohon diri pulang sebentar untuk mengambil beberapa barang kelengkapan saya yang lain.

Kesian suami, dengan letihnya dia gigih balik ambil kelengkapan saya yang lain di rumah. Merah matanya masa dia datang jumpa saya balik di wad tengah malam tu. Mama pesan suruh pujuk suami tidur di rumah Along @ Anyah tapi suami masih berkeras tetap nak balik rumah kami. 

Doktor ambil darah dan pasangkan benda ni.. adoi la...

Siap pasang benda tu, jururawat cucuk ubat tahan sakit. Sekejap je, terus saya lelap tidur.

Sebelum lelap.. 
Redha akan ketetapan Allah
Mohon maaf dengan baby
Ikhas pemergian baby
Mohon baby keluar dengan sempurna tanpa perlu rahim dicuci bukan semata takut rahim dicuci tapi kerana mohon mahukan dia keluar dengan cantik sempurna tanpa dikorek dan dihancurkan janinnya yang comel kecil itu.


08.09.2016 (Khamis)
Sedar dalam jam 9 pagi, dah bangun dalam jam 7 tu tapi kesan ubat tu, mamai-mamai terus terlena balik.
Bangun, mandi, tukar baju dan sarapan.
Masih terasa sakit yang sama macam semalam.
Darah masih keluar macam semalam, darah haid (sikit je keluar, tak banyak).
Tiada beza.

Doktor datang lawat, boleh dia cakap "simptom masih sama, tiada beza, kalau tak ada apa-apa, lewat petang boleh keluar wad, tapi tengoklah petang nanti doktor lain kata apa".

Sedapnya doktor tu cakap macam tu.. orang sakit nak bersalin ni, boleh pulak rancang nak bagi balik.. kang jadi apa-apa.. sabar je la..

Tengah hari mama dan ayah (mertua) datang ziarah bawa buah-buahan. Sembang-sembang, bagi semangat dan nasihat.

2.30 petang. Mama dan ayah baru sahaja balik.. masa ni.. Ya Allah.. sakitnya.. ni lagi sakit dari tadi.. lain macam sakitnya.. macam tanda dah semakin dekat waktu bersalin ni.. Allahu...berguling-guling atas katil tiap kali sakit tu datang..

Elok tengah sakit semacam tu, jururawat datang tengok, dia cakap nak pindahkan saya ke wad 2, sebab wad 1 dah tak ada pesakit lain. Senang nak pantau jika saya dipindahkan ke wad 2 tu. Sebelum pindah wad, cakap dekat jururawat pasal sakit semacam ni, kebetulan ada doktor dekat situ terus jururawat bincang pasal sakit saya ni. Doktor tu benarkan saya ambil PCM dan dalam sejam sekiranya PCM tak berkesan saya boleh diberikan ubat cucuk macam malam tadi.

Boleh je la doktor, tidur pun tidur la.. janji dapat selesa.

Selesa di wad 2 dan dah makan PCM.. masih tahan sakit.. jururawat kata ni sakit macam nak bersalin.. memang pun (kot). Pengalaman pertama kan, mana la tahu.. baru tahu sakitnya bersalin ni.. penat.. mengah tak cukup nafas.. berpeluh-peluh tahan sakit... 

Sejam lagi.. tahan dan sabar...

Mohon redha akan ketetapan Allah
Mohon maaf dengan baby dan redha dengan pemergiannya.
Mohon baby dapat lahir dengan sempurna dan mudah kelahirannya.


3.15petang.. beritahu jururawat dah dekat sejam tapi ubat tak berkesan.
3.30petang.. mesej suami dan Anyah beritahu jururawat cucuk ubat tahan sakit dan mungkin tak sedar beberapa jam, risau mereka mesej dan telefon nanti tidak berjawab. Lepas kena ubat sakit, layan sakit bersalin, siap automatik macam push baby pulak.. betul ke tak.. tak tahu la.. dah tu sakit nak keluar.. layan je la.. dan terlelap..

Akhirnya..

5.50 petang.. tersedar dari tidur sebab terasa tuala wanita macam bergerak dan ada 'benda'.. elok jengah ke situ, terus terasa ada benda ketul keluar.. 'plopppp'.. dan terasa darah macam laju keluar dengan banyaknya.. perasaan masa tu rasa lega sangat-sangat.. alamak.. alat panggil jururawat lupa pulak nak ambil dan letak kat sebelah tadi.. jauh pulak nak capai.. katil pulak jauh dari dinding.. adoii.. terpaksala jerit kuat-kuat panggil jururawat...


Jururawat terus ambil bekas tupperware bertutup yang berisi air untuk masukkan 'benda' tu. Dan panggilkan doktor untuk tindakan selanjutnya.

Mesej suami, Anyah, mama saya dan kawan opis.. beritahu berita 'kelahiran' ini.

Disebabkan rasa macam lama sangat tunggu doktor, terlelap la balik.. risau jururawat dengan doktor, bila tahu saya mamai dan mengantuk sebab ubat tahan sakit tu.. mereka pun cakap "tak pe puan, rehat yea.. maaf ganggu"

Dengar macam bising-bising kat luar, macam diorang tengah tengok baby tu.. biar je la.. mengantuk ni..

Dalam jam 10 malam jugak selesai jumpa doktor.. doktor kutip sebanyak mana darah ketul yang dia dapat ambil dalam rahim dan syukur saya tak perlu cuci rahim sebab baby dan darah keluar dengan elok. Alhamdulillah... rezeki jugak tu.. sebab ramai keguguran dan kena cuci rahim dan alami pendarahan. Saya elok-elok sahaja.

Sebelum tidur balik kat wad 2 tu, jumpa mama (mak mertua) dan suami, saya terus pakai stoking tebal dan ikat rambut ketat-ketat (macam orang lepas bersalin). 

Tunjuk kat suami dan mama gambar baby yang jururawat ambil, jururawat siap bluetooth gambar baby tu kat saya:

Ooo...patutlah tadi kecoh-kecoh macam ramai jururawat datang lepas 'bersalin' tu, masing-masing nak tengok baby comel dalam kantung ni..


Nota kaki: Jururawat cakap, ni rezeki mereka juga dapat tengok janin yang sempurna 'kelahirannya'. 
Alhamdulillah.. Ibu And Abah Forever Love You Baby..

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas