Bakal Pengantin 2016: Permohonan Wali Raja/Hakim Bagi Anak Tidak Sah Taraf


Anak Tidak Sah Taraf atau Anak Luar Nikah bukan perkara yang harus dimalukan mahupun harus dihebahkan, sebabnya ia bukan kesalahan bakal pengantin tetapi kesalahan masa lalu oleh kedua ibubapa pengantin. Sekarang ni berapa ribu anak luar nikah yang ada kat Malaysia, jika tiada yang menyampaikan atau berkongsi maklumat macam mana Anak Tidak Sah Taraf yang lain mahu tahu apa yang harus mereka lakukan dalam menyelesaikan masalah wali mereka?.

Apa penentu anak tu merupakan Anak Tidak Sah Taraf atau Anak Luar Nikah ini?. 

Ini jawapannya: (sumber: al-Wakalah)
1) Pernikahan Sindiket
Pasangan seperti ini telah diakadnikahkan oleh seorang jurunikah palsu atau jurunikah tidak bertauliah di Malaysia. Jurunikah ini juga telah mengeluarkan kepada mereka sijil nikah yang palsu tetapi bentuknya seakan menyamai sijil nikah yang asli seperti mana yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama. Anak pertama dan kedua mereka berjaya didaftarkan sebagai anak yang sah kerana pada ketika itu JPN mungkin tidak dapat mengesan kepalsuan sijil nikah tersebut. Namun apabila memperolehi cahaya mata ketiga setahun yang lalu, pihak JPN telah berjaya mengesan Sijil Nikah mereka adalah palsu , justeru anak ketiga mereka tidak boleh didaftarkan sebagai anak yang sah walaupun kedua-dua anak mereka sebelum ini adalah didaftarkan sebagai anak yang sah.

2) Pernikahan di Thailand

Pasangan seperti ini telah melangsungkan pernikahan di Thailand. Apabila balik ke Malaysia, pernikahan mereka masih belum didaftarkan lagi, tetapi mereka pula telah memperolehi anak. Mereka akan menghadapi masalah untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka sebagai anak yang sah kerana pihak JPN tidak menerima Sijil Nikah Thailand sebagai bukti pernikahan mereka kecuali pernikahan itu disahkan oleh Mahkamah Syariah. Lebih malang lagi jika, setelah siasatan dilakukan didapati pernikahan tersebut adalah tidak sah di sisi Hukum Syarak.

3) Pernikahan selepas mengandung
Pasangan seperti ini akan menghadapi masalah untuk mendaftarkan kelahiran bayi mereka sebagai anak yang sah jika anak mereka dilahirkan dalam tempoh kurang daripada 6 bulan selepas tarikh pernikahan. Terdapat juga pasangan yang gagal mendaftarkan kelahiran anak mereka walaupun anak mereka dilahirkan dalam tempoh melebihi 6 bulan dari tarikh pernikahan tetapi kurang dari 9 bulan kerana mungkin dikhuatitiri anak tersebut telah diperolehi melalui penzinaan sebelum pihak-pihak diakadnikahkan.

Macam mana nak buat Permohonan Wali Hakim/Raja bagi Anak Tidak Sah Taraf atau Anak Luar Nikah?. Ni caranya:
Selepas pemohon perempuan hantar Borang Permohonan Berkahwin, pegawai agama akan semak dahulu semua borang dan butir maklumat yang diberikan. 

Okeyla, kita ambil satu kes sebagai contoh, contohnya kes pernikahan ibubapa selepas mengandung. Bila pegawai semak, dia memang akan lihat tarikh nikah ibubapa dan tarikh lahir pemohon, sekiranya ada percanggahan, yakni pemohon lahir dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ibubapa nikah, pejabat agama akan menyediakan surat atau permohonan (serta merta) kepada Mahkamah Syariah supaya kes dibicarakan untuk mendapatkan kebenaran Wali Raja/Hakim. Semua borang termasuklah borang dan surat kebenaran pihak lelaki akan dikembalikan semula kepada pemohon perempuan buat sementera waktu sementara menunggu kebenaran dari Mahkamah Syariah.

Ni la contoh surat dari Pejabat Agama ke Mahkamah Syariah.. maaf yea tak boleh dedahkan maklumat pemohon ini sebab dah janji.

Pergi ke Mahkamah Syariah, buka kes sebagai Permohonan Wali Raja/Hakim. Ada bayaran untuk permohonan ini, sediakan RM50 (ada baki boleh simpan poket balik). (sumber: AshrafMomma)

Akan diberi beberapa dokumen seperti berikut:
-Permohonan dan Afidavit: Yang menyatakan untuk mendapatk suatu perintah bahawa "Kebenaran bernikah secara Wali Raja".
-Borang Maklumat Diri

Pemohon akan dikehendaki untuk bersumpah atas keterangan yang tertentu (pegawai pendaftar akan beritahu).

Sediakan dokumen sampingan seperti berikut:
- Permohonan dan Afidavit yang telah diisi (asal dan 2 salinan)
- Kad pengenalan pemohon (asal dan 3 salinan)
- Akuan Pengesahan Permastautinan yang diberikan oleh Mahkamah  (asal dan 2 salinan - jika berkaitan)
- Sijil Kelahiran pemohon (asal dan 3 salinan)
- Borang permohonan bakal suami (asal dan 3 salinan)
- Sijil nikah atau cerai ibu bapa (asal dan 3 salinan)
- Kad pengenalan bakal suami (3 salinan)
- Borang Maklumat Diri (asal dan 2 salinan)

Hantar kembali dokumen ke Mahkamah, setelah diteliti oleh pegawai disitu dan lulus permohonan. Dan nombor permohonan akan diberi.

Borang Permintaan Untuk Mengeluarkan Sepina akan diberikan kepada pemohon. Isi maklumat berkaitan dan lampirkan salinan kad pengenalan saksi yang diminta oleh Mahkamah. Contoh saksi: Ibu, Ayah dan Bakal Suami. (Sumber: AshrafMomma)

Tunggu dipanggil untuk hari perbicaraan. Bagi borang mengeluarkan sepina, sebaiknya dihantar 3 hari sebelum tarikh perbicaraan, saksi juga harus hadir sama untuk menandatangai borang penerimaan. Borang sepina akan dikenakan cas bayaran yea. Jika anda hantar pada hari yang sama, bayaran borang sepina akan menjadi mahal. Sedia je la RM50, ada baki simpan balik.

Hari perbicaraan, saksi dan pemohon harus ingat tujuan datang ke mahkamah, iaitu "Kebenaran Bernikah Secara Wali Raja". Dan hakim akan tanya pemohon beberapa soalan, lepas tu tanya saksi seorang demi seorang. 

Contoh soalan yang diberikan kepada pemohon -> AshrafMomma
Contoh soalan yang diberikan kepada saksi ibu/bapa:
- kenapa datang ke mahkamah hari ini
- tarikh nikah
- tarikh lahir pemohon
- tahu ke tidak tahu
Contoh soalan yang diberikan kepada bakal suami:
- kenapa datang ke mahkamah hari ini
- sedar tak status bakal isteri
- berapa lama kenal, faham perangai bakal isteri?
- pergi kursus kahwin
- apa yang tahu dari kursus kahwin
- solat cukup ke tidak
- hakim suruh bacakan surah tertentu (cth: al-fatihah)
- faham tak makna surah tersebut
- bila nak nikah dan di mana
- gaji berapa
- kerja apa

Lepas tu hakim akan teliti maklumat dan permohonan, sekiranya tiada masalah, hakim akan berikan luluskan permohonan itu. Perintah itu sah laku untuk 90hari dari hari perintah diluluskan. Surat perintah boleh diperolehi dalam hari yang sama. (Sumber: AshrafMomma)

Lepas tu bolehla hantar borang Permohonan Berkahwin beserta surat Perintah dari Mahkamah ke Pejabat Agama untuk kelulusan berkahwin.

Comments

  1. maaf ye tnye . mcm mne klau tiada saksi ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo anda suadara baru yg memerlukan wali hakim, x perlu saksi.

      Delete
  2. maaf tanye.. siapa yg menikahkan ye?? kadi atau hakim ... boleh ke nikah dirumah..

    ReplyDelete
  3. mcm mana ye kalau mak ayh sbg saksi tapi kedua2 tidak mahu beri kerjasama sbb tidak boleh terima perintah mahkamah perkahwinan mereka tidah sah di hukum syarak

    ReplyDelete
  4. Kalau kawin 2nd time time kene lalui proses yg sama ke

    ReplyDelete
  5. Saksi lelaki kenapa ada mak? Meaning?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sy nak bertanya..mcmna ye jika seorang anak yg x sah taraf dh di nikahkan oleh wali hakim tpi di sebut binti nama bapanya yg x menikahi ibunya..adakah nikah itu sah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas