Tautan hati 5: bab 15






Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh
RISIK
dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran
manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf
yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh
dipermainkan.

-Monolog Asiah Yusra-


Berfikir sejenak:
Bila berdua, syaitan yang ketiga,
Menghasut bukan-bukan dalam fikiran,
Mula pegang tangan,
Katanya ringan-ringan,
Sikit sahaja tak mengapa kan?

Bila dah biasa,
Yang ringan jadi amalan,
Mengundang rasa merodak jiwa,
Akhirnya tertekan syaitan jadi gembira,
Lahirnya anak yang bukan dalam ikatan.

Setiap orang ada pendapat masing-masing mengenai pencarian bakal suami/isteri. Mungkin ada yang kata bercinta itu baik, mungkin ada yang kata tidak. Terpulang pada diri kita sendiri. Apa-apa pun, jangan terlalu mengharap pada benda yang belum pasti, ala kadar sahaja, sedangkan yang berkahwin pun boleh bercerai inikan yang tengah bercinta sakan. Jangan lupa Tuhan dalam segala urusan, kita hanya merancang, Dia yang menentukan..

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas