Friday, 12 May 2017

Thailand Cher-aim


Bos saya tiap-tiap kali cuti panjang mesti dia pergi rumah dia kat Thailand. Dia ada 2 rumah: satu kat Petaling Jaya dan satu lagi kat Thailand. Thailand dekat mana, tak pasti.

Sebab tu, entah macam mana boleh pulak dia belikan kami ole-ole seperti gambar kat atas tu. Yang dalam botol tu, bau dia macam Vick's tapi terselit bau kapur barus sikit. Siapa yang suka Vick's tu suka la kot. Kuat bau dia, memang power.

Tapi yang dalam bentuk uncang beg tu. Mula-mula saya tak tahu apa kandungannya, sebab rupanya serbuk warna putih dan serbuk tu dipadatkan dalam plastik putih. Saya pun kerat la kepala plastik tu. Bau dia macam Vick's sikit, masa tu la, saya bau macam tu. Disebabkan dia uncang, jadi saya ingat nak letak la kat dalam almari baju saya, ala, saya ingat dia berfungsi macam ubat gegat tu.

Beberapa hari kemudian...

Tengah syok rilek-rilek depan TV.
"Ayang.. meh sini ikut abang jap.." suami tarik tangan saya, dan saya mengikutinya.
Kami menuju ke almari baju saya. Almari baju saya dalam bilik pakaian, berasingan dengan bilik tidur.
"Ayang, cuba bau dekat almari ayang ni.. ayang ada bau apa-apa tak?". 😰
"Bau.. bau apa?" *sniff* *sniff* 😕
"Ni.. bau ni.." *sniff* *sniff* 😰
Apakebenda la cik abang ni.. bau apa?..😕
"Dah banyak kali dah abang lalu depan almari ayang mesti ada bau ni, bila malam abang terbau perghhh..seram abang tau..,cuba ayang hidu betul-betul bau ni.." 😰
"Dah banyak kali bau ni, "
Bersungguh cik abang aku ni..
"Bau apa yea.." *sniff* *sniff*
Apa yang saya letak dalam almari tu yea, 

Rupa-rupanya.....

Benda alah uncang ni yang berbau tu...
Uncang ni rupanya.... ingatkan hantu apa la dalam almari.. cuak den.. 😥


Suami kata uncang ni ada bau mayat.. seram sejuk dia malam-malam lalu depan almari... hahaha.. kesian suami.. saya Google pasal uncang ni rupanya 100% camphor = kapur barus....

Dah.. terus saya buang dalam tong sampah.. tak pasal nanti ada plak yang mengigau... nasib baik bau uncang ni hilang dari baju-baju saya (tak melekat)... pheww... 😥

Jadi pengajaran buat saya: jika terima hadiah tu selidik-selidik la dulu la ye kandungannya.. nasib suami yang perasan bau ni.. kalau pak mertua.. mau dibuatnya bacaan yassin dan acara 'pembersihan rumah'... 😅

Tuesday, 9 May 2017

Apa itu Paedophilia (UK) / Pedophilia (US) ? - Siri Akhir



Akhirnya.. usul telah berjaya dibentangkan dan dilaksanakan pindaan. Dengan ini dengan berkuat-kuasa akta ini dapat membanteras dan mengekang masalah sosial pedofilia ini yang semakin berkembang di negara kita.

Saya mengikuti perkembangan setiap langkah R.AGE yang berusaha menyedarkan dan mengusulkan draf pindaan rang ini. 

Laman web R.AGE

Akta Kanak-kanak Pindaan 2016 <klik sini untuk baca>

Nak lihat apa usaha yang mereka telah lakukan?..  baca sini (laman web soscili.my)

"R.AGE telah dinobatkan sebagai kumpulan wartawan muda terbaik di dunia oleh World Association News­papers and News Publishers"
Sumber: TheVocket


P/S: Sengaja malas nak taip.. bagi link baca sendiri.. baru faham.. membaca jambatan ilmu.. fakta yang dibaca dari sumber asal lagi best nak baca... suka baca laman TheVocket, Soscili.my dan Cilisos.my (Cilisos kena tapis kat opis, tak boleh baca..😢)

Wednesday, 3 May 2017

DIY Hadiah Graduasi - Murah



Siapa kata hadiah graduasi kena jambangan bunga dan patung beruang sahaja?.
Ni versi jimat. 💝

Bahan-bahan yang diperlukan:
Mesin Pencetak
Kertas A4
Manila kad warna hitam
Tali / getah
Gunting
Gam UHU
Salotape
Balang kecil (bekas pes Tomyam Adabi)

Cara-cara:
1) Cetak di atas kertas A4. Pastikan setting mesin pencetak anda adalah saiz A4. Klik sini untuk muat turun



2) Gunting 'Congrats Grad' yang kecil tu dulu.. satu letak dalam balang kaca kecil. Kemudian masukkan gula-gula dalam balang. Untuk buat yang bahagian tudung balang tu saya ikut arahan dalam laman web ini: https://blog.onlinelabels.com/2015/05/05/diy-graduation-jar-gifts-favors/


Itu je cara-caranya.. padankan dan suaikan ikut selera dan barang yang kita ada. Nak lagi contoh lain boleh je Google guna kata kunci : DIY Graduation Candy Jar


Saya ni suka simpan balang kaca, nak-nak yang Adabi Pes Tomyam tu. Banyak ada di rumah. Jadi ini lah salah satunya cara saya menggunakan balang kaca tersebut agar tidak dimarahi oleh suami yang geram tengok banyak balang kaca kosong dalam almari dapur.. 😎

Mix and match bebeh!!!

Tuesday, 25 April 2017

Pustakawan 15: Contoh Rekaan Promosi Di Sekolah Menengah

1) Novel Knockout


Ini saya buat...


2) Promosi buku

 Ini saya buat...



 Ini saya buat...


3) Promosi senarai sumber rujukan kajian atas talian untuk kegunanaan pelajar dan guru




Monday, 26 December 2016

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas

Ramai yang suka hentam, taram atau lagi 'bagus' kosongkan subjek.

Subjek merupakan kepala kepada email anda, bila anda buka email, apa yang nampak dahulu?.. isi email atau subjek??.. subjek kan?.. jadi jika anda sedar hal itu, anda patut lebih tahu yang subjek adalah benda paling penting dalam menghantar email rasmi.

Disini saya berikan contohnya subjek dan cara mengarang ayat email rasmi (terutama dalam Bahasa Inggeris):
Sharing is Caring kan...
😊
Oh ya.. dulu saya mohon kerja guna email. Saya kongsikan macam mana saya buat karangan dan cara membalas email rasmi yang diterima. Nak tahu kena scroll sampai habis.. Terima kasih..
CONTOH 1
Anda nak tanya mengenai langganan majalah anda dan anda ada maklumat no langganan. 
Subjek: The XXX International School Membership ID: Z12314DE
Isi email: 
Dear IOP,

I want to know the status of our subscription?.. is it active or not?..
If so why since July 2014 we never received the printed magazines (Physics World) anymore?

Thanks.

Regards,
XXXXX
Library Assistant
The XXXX International School

Tuesday, 20 December 2016

Felt Craft Siri 14: Permainan Memancing Ikan Magnet

Jom kita memancing...


Jika kita Google.. macam-macam cara boleh kita jumpa.. boleh sesuaikan ikut bajet dan bahan yang ada.. jika ada.. jika tidak.. pilih sahaja mana satu cara yang mudah untuk anda buat.

Ini cara dan bahan yang saya gunakan untuk buat permainan ini yang terdiri daripada 2 batang pancing dan 8 ekor ikan.

Bahan yang diperlukan:
Felt berwarna-warni
Magnet besar - 1/2
Magnet kecil 1.5cm- 8
Kayu chopstick 1 set
Pistol gam panas
Fiber

Klik sini untuk dapatkan template gambar ikan yang saya guna.

Sila muat turun dan buka aplikasi MS Word untuk pilih saiz ikan yang dikehendaki. 
Jangan lupa untuk tetapkan setting kertas di MS Word sebagai A4.


Cara-caranya:
1) Potong kain ikut template. 2 kain bagi 1 badan ikan.. badan depan dan badan belakang. Dan 1 sirip sahaja.


2) Jahit sirip dulu, gamkan mata ikan berdekatan dengan sirip di badan ikan depan. Dan gamkan sekali magnet di sebelah dalam ikan di badan ikan depan juga. Terletak di mata ikan. Sebab tu gambar atas sekali tu.. bila ikan kena pancing, mata dia tak nampak.

Sebelum gam magnet tu dulu.. cuba ambil magnet besar dan lekatkan magnet kecil. Bahagian magnet kecil yang melekat di magnet besar tu yang kena letakkan gam.

Pertanyaan: Kenapa kena gam magnet dan letak di badan ikan depan. 
Jawapan: Sebabnya jika lekat magnet kat bahagian badan ikan belakang atau di tempat lain, pelik la pulak sebab ikan kan dipancing di mulut. Jika magnet di gam di belakang badan ikan, nanti ikan tu tak dapat la dipancing sebab magnet dia kat belakang.


3) Jahit insang pari dan masukkan fiber kedalam sebelum selesai menjahit.


4) Guna pistol gam panas untuk gamkan magnet dengan tali, guna tali rafia pun boleh juga kot.  (Tengok gambar atas sekali). Panjang tali ikut suka. Ikat tali ketat-ketat di hujung chopstick (Tarik kiri kanan sahaja, jangan tarik keatas sampai terkeluar tali tu, kang kena ikat balik kat chopstick). Pastu saya letakkan lagi gam banyak-banyak di ikatan tali kat chopstick tu di sebelah atas dan bawah tali tu supaya betul-betul kukuh. Tali ikatan tu jadi macam sandwhich antara gam-gam tadi. Saya guna ikatan Timber Hitch Knot:



8 ekor ikan je yang boleh buat untuk masa ini.. Magnet dah tak cukup. hew hew hew.


Thursday, 15 September 2016

Anak Siri 2: Kisah kehamilan dan keguguran Trimester 1




Pada asalnya kami macam nak merancang anak. Mungkin kerana perasaan berdebar dan gemuruh agaknya. Kemudian kami tukar rancangan: asal ada - Ada, tidak ada - Tak mengapa.


26.04.2016 (Selasa)
Agak sedih jugak la.. kali pertama haid lambat sangat.. kitaran paling lambat 43 hari.. 29.04.2016 haid akhirnya datang. Jumlah kitaran haid ini saya dapat tahu melalui aplikasi Period Tracker yang saya muat turun di telefon bimbit. Aplikasi ini juga menyimpan rekod purata kitaran haid kita. 

Sebelum ini saya tulis di kalendar biasa sahaja, timbul masalah bila saya mahu merujuk kalendar tersebut disebabkan 'lupa nak bawak dan tertinggal'. Geram sangat, terus cari aplikasi yang sesuai dan terjumpalah aplikasi ini. Percuma sahaja, cuma bila mengandung kita boleh beli yang versi Premium (jika mahu), saya tak beli pun masa mengandung lepas, muat turun aplikasi yang berasingan je.

Setiap data yang diberikan oleh aplikasi ini: Fertile, Ovulation, Predicted Period adalah berdasarkan anggaran semata-mata, saya tak ikut sangat. Saya suka kemaskini data haid dalam aplikasi ini. Senang untuk digunakan dan bila-bila masa boleh dirujuk.

Aplikasi Percuma Period Tracker



15.07.2016 (Jumaat) 
Sejak nak masuk raya puasa ni rasa semacam jer.. patutlah.. Alhamdulillah.. berdebar jugak sebab banyak benda tak tahu pasal mengandung ni. Pelik jugak dengan perubahan badan sendiri. Lama-lama jadi biasa dan seronok pulak. 

Masa ni tak sangka sebab seronok sangat, kali pertama dalam hidup, kena ganti puasa sehari je. Fokus sangat kat puasa. Tup-tup tengok Period Tracker, haid terakhir haid 31.05.2016. Ikut kiraan kitaran haid, ni dah masuk 46 hari. Pecah rekod lambat 43 hari yang dulu tu. Rupanya ada baby.

Lepas tu ada pergi Klinik An-Nur Putrajaya, tapi tak scan sebab masa tu:
1. Kewangan tipis
2. Harap scan percuma di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA)
3. Baby baru 6 minggu

Genap 8 minggu, pergi KKIA buat buku merah, tapi tak dapat scan jugak. Jururawat cakap nanti 12 minggu baru boleh scan. Balik dari KKIA nak singgah klinik swasta buat scan tapi suami cakap sabar, tunggu je la 12 minggu tu. Ikut je la. 

Kun fa yakun, kehendak Allah, Dia lebih mengetahui segala-galanya. Dia sebaik-baik perancang. Dia lebih Mengetahui. 

Sepanjang 8-11 minggu tu dah mula jaga makan. Baca doa, baca surah terpilih untuk ibu mengandung (boleh Google). Siap muat turun surah terpilih dan dengar bila-bila masa dan bagi baby dengar sekali.




03.09.2016 (Sabtu)
Masa ni kawan suami ada kenduri kahwin kat Wangsa Maju, dekat sangat dengan rumah Mak Yang. Tiba-tiba muncul tanda haid. Dalam hati risau tapi InsyaAllah, mungkin sekadar tanda sahaja. 

Dalam perjalanan balik dari kenduri tu, kereta termasuk dalam lubang. MasyaAllah, sakitnya perut. Terasa macam ada benda bergoncang kuat kat perut. Macam nak beranak pun ada. Tegur suami: "Bawak la perlahan-lahan, sakit masa kereta masuk lubang tadi".

Kun fa yakun. 

Sakit tadi dah berkurang, cuma ada sakit ringan-ringan je. Biasa la orang mengandung, bayi nak membesar, kadang-kadang ada light cramp.

Sebelum tidur, ada lagi tanda haid muncul, cakap dengan baby: "be strong" sambil usap perut dan berdoa.


04.09.2016 (Ahad)
Keluar sedikit darah macam haid. Telefon Anyah, dia pesan terus pergi Klinik An-Nur, Putrajaya.
Dapat buat scan, dapat tengok baby kali pertama. 
Seronok... 
Tapi...

Wednesday, 14 September 2016

Anak Siri 1: Buat Anak Ibu dan Abah Yang Allah Sayangi



Buat anak ibu dan abah yang genap 6 hari tiada bersama ibu dan abah di dunia ini.
Ibu dan abah redha dengan ketentuan Allah, coretan ini cuma disebabkan ibu rindukan baby sahaja.
Maafkan ibu dan abah, kami tidak sedar baby dah lama tiada tapi masih kekal dalam rahim ibu buat 1 bulan lagi yang terakhir sebelum baby keluar secara normal dari rahim ibu.

Syukur kepada Allah, nikmat 3 bulan mengandungkan cinta kami dan nikmat berpeluang merasai kesakitan bersalin normal diberikan kepadaku. Syukur Allah tunaikan hajat ibu untuk lahirkan baby secara sempurna. Dapat ibu simpan kenangan terindah ini selamanya.

InsyaAllah ibu dan abah akan jaga adik-adik baby yang seterusnya dengan sebaiknya (dengan izin Allah). 

Sayang rindu buat si comel baby ibu dan abah.

Thursday, 31 March 2016

Bakal Pengantin 2016: Katerer oleh RDK Katering


Macam mana boleh ambil katerer ni?.
Kesnya masa tu ada kenduri kahwin di Dewan Bandar Baru Salak Tinggi.. lauk rasa sedap, terus mencari kad nama, nasib ada lagi.
Tengok kat kad nama tu ada katanya ada Instagram.. apa lagi.. usha la Instagram mereka.. alih-alih masa usha tu.. wow.. terkedu.. cantiknya...

Dah telefon dan set temujanji nak jumpa dan bincang pasal menu dan apa-apa aja yang berkaitan..

Telefon dulu untuk jumpa di rumah/kedai.

Alamat katerer dalam kad tertulis yang ni tapi ni rumah pemilik katerer ni:

RDK Events (Resipi Desa Katering)
No. 18, Jalan Vista 1/7,
Desa Vista,
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang,
Selangor

Kedainya:
Jalan Vista 1/9,
Desa Vista,
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang,
Selangor

No telefon: 012-7759129/012-7769129
Email: rdk9129@gmail.com

Nak google sila guna carian: Desa Vista
Dah sampai jalan masuk ke Desa Vista tu, terus je naik atas bukit (kemudian belok kiri), lepas tu terus lagi sampai nampak deretan kedai di sebelah kanan. Cari kedai (tengok gambar bawah). Tak tau nak jelas macam mana lagi sebab Google Maps masa ni tak dapat kesan lokasi.

Dah gerak balik baru ingat nak amek gambar kedai...


Sebelum ke sini seeloknya:
1) Tentukan sama ada anda nak test food ke tidak - telefon awal-awal dulu jangan dah datang baru nak mintak
2) Tentukan jumlah tetamu (tetap tau.. tak de nak tambah-tambah)
3) Tentukan berapa anggaran khemah dan jenis yang anda mahu (anggaran je)
4) Ada apa-apa permintaan daripada butik pengantin. contohnya: tapak/pentas pelamin dan backdrop canvas untuk tutup keliling khemah pelamin supaya pelamin tak kena hujan basah jika pelamin dipasang waktu malam dan masa tu musim hujan.
5) Menu tetamu dan pengantin dah ada, bincang dengan keluarga siap-siap.. nanti kita senang nak bincang dengan katerer.. bagi je menu tau la diorang kira dan kita boleh adjust ikut bajet kita nanti.. 

Separuh jalan tengah pasang... lawa khemah jenis ni...

Dah siap pasang.... aaaaaa.. tak sabo nak kawen...


Instagram mereka: 
Gerbang depan khemah tu milik Nur Nilam Sari Bridal yea....

Tuesday, 29 March 2016

Bakal Pengantin 2016: Butik Pengantin oleh Nur Nilam Sari Bridal


Bagi pengantin-pengantin yang berada berdekatan dengan Bangi boleh la ke butik ini. 
Alhamdulillah selepas kami berbincang dengan butik ini mereka boleh buat perkhidmatan ke Salak Tinggi (tempat majlis saya nikah dan kenduri nanti) dan harga pakej mereka juga berpatutan (ada promosi masa tu).

Hampir semua butik di Bangi telah kami kunjungi, namun butik ini juga yang paling menarik hati. Pakej menarik dan harga pun cantik. Butik lain-lain pun cantik jugak tapi harganya tak mampu untuk saya bayar, bajet saya dalam RM2000 ke bawah untuk nikah dan sanding.

Ini alamat butik tersebut:
Butik Pengantin Nur Nilam Sari Centre
Tingkat 1, Jalan PB 2A, Pusat Bandar Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Mula kami datang berdua jer jadi kami ambil keputusan untuk ambil pakej dibawah.

Pakej Ruby RM1500
  • 1 Set Baju Bersanding L&P
  • Aksesori L&P (kasut sanding perempuan ada diberi, lelaki pakai kasut sendiri)
  • 1xSolekan Profesional
  • Pelamin (sehingga 12kaki)
  • Percuma bunga tangan
  • Percuma sepasang payung
  • Percuma bantal tangan dan kipas
  • Percuma tempat merenjis - saya tak nak
  • Percuma hiasan pintu gerbang
  • Tudung yang sepadan <- masa kali kedua datang kedai saya dapat ni sebab mak mertua sendiri mintak kat butik ni tolong sediakan.. nasib mak mertua ada masa tu...
Pastu kami besarkan lagi saiz pelamin ke 20kaki sebab bawah khemah = RM300.00

RM1500.00+RM300.00 = RM1800.00
Dan.....dari jumlah RM1800.00 tu kami dapat diskaun 20% (ini harga semasa kami ambil la sebab like Facebook dan follow Instagram mereka...sekarang tak tahu la).. jadi jumlahnya hanyalah RM1440.00  .. ok la tu..


Lepas tu saya tambah servis make up untuk nikah RM150.00 dan RM100.00 untuk re-touch sebab saya tanggal make up untuk solat Zuhur.  Dan kerana saya mintak servis make up nikah, saya dapat pinjam veil nikah (veil sahaja, tudung sendiri punya), tiara dan bantal nikah L&P.

Oh ya, campur harga baju nikah RM250.00 + alter baju nikah RM30.00 = RM280.00

Baju nikah lelaki cik abang nak bayar sendiri jadi sebab tu saya tak kira sekali dalam ni...

Jadi untuk nikah dan sanding saya kena bayar:
RM1440.00+RM150.00+RM100.00+RM280.00 = RM1970.00

Siap!.. seelok je bajet tu.. memang puas hati..

Baju bersanding

Simple je tiara dan veil yang saya pakai masa nikah...


Nak tengok tak gambar pelamin saya?.. mereka ada post kat Facebook dan Instagram mereka:
Instagram Butik Nur Nilam Sari Creation

Facebook Nur Nilam Sari Bridal


Jangan keliru tau.. memang nama Facebook dan Instagram tak serupa sangat, tapi pemiliknya kedai yang sama.

Selamat Pengantin Baru Buat Diri Sendiri.. ha ha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...